Rakaman CCTV Tersebar, Ramai Syak Kematian Pelakon Thailand Dirancang, Mengejutkan Apa Yang Dijumpai Dalam CCTV

Kes kematian pelakon terkenal Thailand iaitu Tangmo Nida akibat terjatuh dari bahagian belakang bot laju nampak gayanya masih belum terungkai lagi. Hal ini kerana, pelbagai spekulasi dan persoalan yang timbul berhubung insiden berkenaan.

Ada lumpur pada paru-paru mangsa

Menerusi laporan media Thailand sebelum ini, Tangmo Nida dipercayai terjatuh dari bot laju ketika dia bersama-sama lima orang rakannya termasuk pengurusnya, Kratik menuju ke Jambatan Rama VII di Nothaburi untuk menjamu selera.

Namun ibu mangsa iaitu Panida Sirayutthayothin yakin bahawa ada sesuatu yang cuba ‘disembunyikan’ mengenai kematian anak perempuannya itu. Bukan itu sahaja, Panida mendakwa kemungkinan berlakunya pertengkaran antara mangsa dan rakan-rakannya yang berada di dalam bot berkenaan. Hal ini kerana, dia mendakwa foto yang tersebar memperlihatkan wajah Tangmo Nida seperti sedang bersedih. Tidak terhenti di situ, ibu mangsa tertanya-tanya bagaimana anak perempuannya itu boleh lemas sedangkan dia pandai berenang.

Susulan daripada insiden itu, pihak polis kemudian memaklumkan akan memanggil kelima-lima individu yang berada di dalam bot bersama mangsa untuk disoal siasat dan menjalani ujian pengesan poligraf bagi mengesan pembohongan. Mereka kemudian akan diminta menceritakan semula peristiwa yang menimpa Tangmo Nida. Difahamkan, setakat ini kelima-lima mereka tidak boleh disabitkan sebagai pesalah atau suspek tetapi hanya dipanggil sebagai saksi.

Mengenai luka pada bahagian paha kanan dan kesan calar di kaki kiri mangsa, polis mendakwa pihak mereka tidak dapat mengesahkan sama ada luka berkenaan adalah berpunca dari kipas bot atau sebaliknya. Tetapi mereka mengesahkan bahawa kematian Tangmo Nida adalah disebabkan lemas kerana terdapat lumpur pada paru-paru mangsa.

Rakaman CCTV tersebar

Semalam kecoh pula beberapa video yang dipercayai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memperlihatkan kelima-lima rakan Tangmo Nida berada di dalam bot. Berikutan daripada itu, terdapat pelbagai spekulasi yang timbul antaranya menurut netizen apa yang mencurigakan adalah saat ditanya di mana lokasi mangsa terjatuh, mereka menunjukkan ke arah yang berbeza.

Selain itu, kelima-lima saksi berkenaan mendakwa Tangmo Nida tidak dapat diselamatkan kerana pasukan penyelamat lambat tiba. Tetapi ada dakwaan mengatakan mereka sempat ‘menghilangkan diri’ selama 24 jam sebelum melaporkan kepada pihak polis mengenai insiden yang menimpa Tangmo Nida.

Lebih menimbulkan persoalan ramai adalah jumlah foto yang dimuat naik di Instagram Tangmo Nida semakin berkurangan dan mengesyaki ada individu telah memadamkan beberapa gambar tersebut. Apabila ditanya kepada pengurus Tangmo Nida, dia mendakwa tidak tahu kata laluan pelakon itu.

Menerusi laporan media Thailand, mereka juga mendakwa tidak mendengar bunyi sesuatu terjatuh kerana bunyi enjin bot sangat kuat. Apabila ditanya mengenai luka pada kaki mangsa, pemandu bot mendakwa dia tidak sedar enjin atau kipas bot terkena pada kaki mangsa pada waktu itu. Jika difikirkan secara logik, mustahil pemandu tidak sedar sekiranya enjin bot berlanggar dengan sesuatu.

Pelbagai spekulasi timbul

Malah dari rakaman CCTV kelihatan terdapat lima gelas minuman berisi wine tetapi semasa pemeriksaan pihak polis hanya menemui satu gelas sahaja. Bukan itu sahaja, netizen juga melihat terdapat kesan calar pada tangan dan bahu seorang individu yang berada di dalam bot berkenaan.

Namun doktor mengesahkan luka tersebut dipercayai bukan daripada cakaran kuku, manakala lebam disebabkan hentakan objek keras. Malah ianya sudah ada sebelum kejadian iaitu sejak seminggu yang lalu. Netizen juga mendakwa terdapat kesan koyak pada baju tshirt yang dipakai individu berkenaan ketika kejadian.

Malah ada satu dakwaan mengatakan Tangmo Nida baru sahaja mengambil insurans kemalangan dan meletakkan nama anak angkatnya, Easter. Difahamkan, Easter merupakan anak kepada pengurus Tangmo Nida iaitu Kratik. Hal ini secara tidak langsung membuatkan netizen mula membuat spekulasi kemungkinan Kratik tidak mahu menyelamatkan Tangmo Nida kerana sekiranya pelakon itu mati, mereka akan menerima wang insurans tersebut.

Penjelasan kawan Tangmo Nida

Sementara menerusi satu sesi live, kawan Tangmo Nida yang turut berada di dalam bot terbabit iaitu Wisapat Manomairat atau lebih dikenali dengan nama San mendakwa ramai dalam kalangan netizen masih salah faham dengan insiden yang berlaku. Dia juga menafikan dakwaan bahawa dirinya enggan menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Ketika sesi live berlangsung, San sempat menunjukkan bahawa lengannya tidak mempunyai luka seperti yang didakwa. Tambah San lagi, keadaan pada ketika itu sangat gelap dan ianya secara tidak langsung menyukarkan mereka untuk menyelamatkan Tangmo Nida.

Menerusi temu bual bersama satu program temu bual, pengurus Tangmo Nida iaitu Kratik diminta untuk melakonkan semula kejadian yang berlaku di belakang bot secara live. Namun ada suatu ketika, kedengaran Kratik seperti gagap saat memberikan kenyataan. Selepas mendengar kenyataan tersebut, pengacara meluahkan rasa sedih dengan sikap kesemua rakan mangsa yang seolah-olah tidak peduli dan langsung tidak berusaha untuk menyelamatkan pelakon itu.

Difahamkan, siasatan lanjut berhubung isu ini masih lagi dijalankan oleh pihak polis.

Video

Seorang lagi artis terkenal yg mempunyai bakat besar

Pasukan penyelamat dan penyelam tiba di tempat kejadian pada tengah malam Khamis untuk memulakan pencarian namun keadaan agak sukar kerana ketika itu air sungai deras dan cahaya sangat terhad.

Mayat telah dibawa ke Institusi Pusat Sains Forensik Hospital Universiti Thmamasat untuk bedah siasat tentang punca kematian.

Menurut info dari netizen katanya pelakon tersebut sengaja ditolak oleh orang lain ketika berada atas bot.

“Sebenarnnye dia bukan terjatuh. Tapi di terjatuh kan oleh individu kaya. Cerita dia mulanya di dipelawa orang kaya kenamaan. Pada malam tu dia dating tengah laut guna kapal mewah, orang kenamaan tu nak cuba rogol dia.then dia

bergelut sampai terjatuh dan dibiarkan ke laut mati lemas kerana takut pompan tu report,..kata pemandu boat. Semua lawyer x nak masuk campur sebab takut dengan orang kenamaan tu. Mayat jumpe selepas 36 jam, pelaku 2 orang lagi lari. 2 orang dah disoal siasat.

Semoga keluarga mangsa tabah hadapi dugaan ini.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

sumber: Tnews, Mgr Online, Mathicon, Bangkok Post, TikTok, Conandaily

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*