Teruk Dikritik Oleh Warganet Akhirnya Terjawab Segala Persoalan. Pihak 7E Tampil Dedah Siapa Yang Salah Lepas Tengok Cctv.

Kuala Lumpur – Terdahulu, kecoh di media sosial susulan tersebarnya video memaparkan seorang wanita mrah di kedai serbaneka, 7-Eleven gara-gara tidak berpuas hati anak lelakinya dikatakan mencri. Video tersebut tular selepas wanita berkenaan membuat siaran langsung di akaun TikTok miliknya semasa kejadian berlaku pada malam Rabu 2 Mac.

Bagaimanapun, wanita tersebut dikritik hebat kerana bertindak biadap dengan meninggikan suara serta dilihat enggan mendengar penjelasan daripada staf kedai serbaguna berkenaan. Namun kurang daripada 24 jam selepas amkan berkenaan, wanita itu tampil membuat permohonan maaf kepada staf yang terlibat dan sekali lagi menyiarkan pertemuannya menerusi siaran langsung di Facebook.

Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa lega kerana kejadian berkenaan diselesaikan dengan baik. “Alhamdulillah, bermaaf-maafan amat indah. “Apa pun, puji tindakan 7Eleven. Siap cakap jangan kritik ibu tu. Terbaik team 7Eleven. “Penjelasan murni. Terima kasih 7Eleven,” demikian antara komen warganet. Video penjelasan tersebut meraih melebihi 1 juta jumlah tontonan dalam tempoh empat jam ia dimuat naik.

Wakil 7E Buat Penjelasan

Selepas seorang wanita yang dikenali sebagai Kak Long menerima kec.aman bertubi-tubi daripada warganet gara-gara mengkritik di sebuah outlet 7 Eleven, terbaharu, seorang wakil daripada kedai serbaguna itu tampil meminta orang ramai berhenti bertindak sedemikian. Menerusi satu perkongsian video, wakil tersebut berkata, kejadian yang berlaku pada malam Rabu lalu hanyalah salah faham antara stafnya dengan pelanggan.

“Di sini saya merayu kepada semua agar tidak mengkritik ibu kepada adik ini,” ujarnya. Menerusi video berdurasi 1 minit 11 saat yang dimuat naik di akaun TikTok 7elevenmalaysiaofficial, wakil itu juga berkata, kedua-duanya sudah bertemu empat mata dan saling bermaaf-maafan. “Ibu kepada adik ini dan pekerja kami telah bertemu dan saling bermaafan, juga telah mengakui kesilapan serta salah faham ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, wakil tersebut turut menjelaskan perkara sebenar yang terjadi sekaligus meleraikan persoalan yang timbul ekoran tularnya video berkenaan. “Adik ini datang ke 7 Eleven bersama tiga rakannya dan rakannya telah memaklumkan kepada pekerja saya bahawa adik ini mencri. Jadi pekerja saya telah bertanya kepada adik ini.

“Adik ini telah berasa takut dan menangis lantas dia berlari keluar mendapatkan ibunya. “Dalam pada itu, kami telah membuat semakan melalui kamera litar tertutup CCTV dan mendapati adik ini tidak mencri dan tidak ada barang yang hilang,” jelasnya lagi.

Tular Wanita Berang Gara Gara Anaknya Dikatakan Mengambil Sesuatu. Sekali Wanita Ni Tampil Minta Padam Rakamannya Dan Ini Penjelasannya.

Susulan tular video seorang wanita meng.4muk di kedai serbaneka gara-gara berang apabila anak lelakinya ditdvh mengambil sesuatu tanpa izin oleh seorang pekerja, empunya diri tampil menjernihkan situasi tegang. Menerusi siaran langsung di Facebook miliknya, pemilik akaun Wan Nor Baizura memohon maaf dengan rela hati kepada staf kedai serbaneka itu sambil ditemani suami dan anak-anak.

Menangis teresak-esak, wanita terbabit menyesal kerana sudah bertindak keterlaluan namun katanya hati dia luluh apabila anak kesayangan ditduh menc.vri. Saya nak tengok cctv baru puas hati. Saya dah kena kritik satu Malaysia. Saya sebagai seorang ibu, maruah saya pun dah tercalar. Saya orang meniaga.

Saya marah ada sebab, saya ada dua anak. Hati ibu mana tak luluh bila anak balik bagitau dia kena tdvh menc.ri. Saya minta maaf. Ini pengajaran untuk saya dan ada hikmah apa yang berlaku. Kira kes ini dah selesai ya. Wanita yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Kak Long’ memberitahu dia akan menarik semula laporan polis yang dibuat semalam.

Dah semak CCTV

Dalam perbualan itu, pekerja kedai tersebut turut mendedahkan anak wanita terbabit tidak menc.ri selepas menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Malah katanya lagi, tidak ada kerosakan berlaku selepas anak kecil itu bertindak menendang barangan yang berada di kedai tersebut.

VIDEO MINTA MAAF.

VIDEO MINTA PADAM VIDEO YANG VIRAL.

 

Sumber: Facebook Wan Nor Baizura via Oh Bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*