Isteri Selamat BersaIin Baby Boy, Hafizh Syahrin Kini Bergelar Bapa. Tahniah!

Bekas pelumba Moto GP negara, Hafizh Syahrin menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT selepas memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka di sebuah hospital swasta di Selangor.

Menurut Hafizh, bayi lelaki seberat 3.86 kilogram itu dilahirkan tanpa sebarang kompl1kasi tepat jam 1.37 pagi tadi.

Khabar menggembirakan itu dikongsikan sendiri oleh Hafizh menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram stories.

“Alhamdulillah, wife saya dah selamat melahirkan baby boy jam 1.37 pagi 10/3/2022.

“Berat baby 3.86 kilogram,” tulisnya.

Semalam, Hafizh yang akan berlumpa dalam saingan Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) pada musim hadapan telah memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram memaklumkan dia dan isteri sudah berada di hospital dan sedang menunggu waktu untuk bersalin.

“Assalamuailaikum semua, mohon doa buat isteri saya yang akan melahirkan cahaya mata pertama semoga dipermudahkan urusanya. Amin.

“Saya dan Isteri ingin mohon maaf kalau ada s4lah silap dari kita orang. Stay safe everyone,” kongsinya.

Baru-baru ini, Hafizh meluahkan nada ker1sauan selepas isterinya disahkan pos1tif c0v1d-19 ketika usia kandvngan mencecah 37 minggu.

Bagaimanapun, isterinya itu dilaporkan tidak mengalami sebarang sympt0ms yang ser1us dan keadaan kandvngannya juga tidak terg4nggu.

Sekadar informasi, Hafizh dan isterinya, Noor Suzana Abdul Manaf telah mendirikan rumah tangga pada Disember 2017.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*