‘Saya Cuma Ada Isu Dgn Ibu Bapa Dia Saja, Waktu Itu’ –Sharnaaz Mula Bersuara Isu Dijodohkan Kembali Dgn Shila Amzah

 

” Orang mendoakan yang baik, bukannya tak baik. Jadi kita terima sajalah..”

Itu kata-kata pelakon Sharnaaz Ahmad tidak mampu menghalang doa dari peminat dan pengikut media sosialnya untuk kembali menjalinkan hbungan istimewa dengan Shila Amzah.

Usikan itu bermula apabila Sharnaaz secara terbuka memberi sokongan kepada Shila Amzah, 31, yang bertanding di Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) tempoh hari.

Sharnaaz, 36, berkata, dia terbuka dan menerima usikan ramai untuk kembali bersama dengan bekas kekasihnya itu dengan berlapang dada.

” Yang nak tentukan itu adalah Allah SWT. Tapi terima kasih atas doa-doa yang baik itu.

” Cuma, kita tak boleh ramal apa akan jadi pada masa depan.

” Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, nak buat macam mana? Saya akan ‘keep my windows open’(terbuka) kepada sesiapa sahaja.

” Saya tak berani nak janjikan apa-apa. Saya tak akan mengatakan tidak atau mengatakan ya. Serah pada Dia (Allah),” katanya kepada Gempak.

Sharnaaz ditemui pada majlis prarasa bufet ramadan di Cili Kampung, Hartamas, Kuala Lumpur pada Rabu.

‘Buat apa nak berdendam’ – Sharnaaz

Ditanya tentang kesediaannya untuk berdamai dengan individu di sekeliling Shila termasuk ahli keluarga penyanyi wanita itu, jawab Sharnaaz ringkas;

” Tak tahulah, kalau nak berdend4m pun dah tua sangat dah kot.”

Dalam pada itu, Sharnaaz mengakui kembali berhubung sebagai sahabat dengan Shila dan saling memberikan kata-kata semangat kepada satu sama lain.

” Terus-terang, kami ada saling mesej. Dia melalui fasa yang pernah saya alami, percera1an.

” Mungkin sesekali dia nak dapatkan pendapat dan kami berbual. Sebenarnya, daripada dulu kami tak pernah bermusvh.

” Saya cuma ada isu dengan ibu bapa dia saja, waktu itu. Tapi bagi saya, dah lama sangat dah.

” Nak berdend4m pun untuk apa? Kami ada berbual dan dia ada bertanyakan bagaimana saya lalui pengalaman dulu sewaktu gagal dalam alam rumh tngga.

” Bagi saya, orang akan selalu bercakap dan hanya kita sahaja yang tahu diri sendiri. Hanya kita sahaja yang boleh buat diri sendiri bahagia.

” Nak bunvh semua kata-kata nista orang itu, buktikan dengan kejayaan,” ujarnya.

Mengulas kembali mengenai ciapan kata-kata semangat dan tahniah buat Shila pada kemenangannya di pentas Anugerah Juara Lagu ke-36 baru-baru ini, Sharnaaz memberitahu penyanyi itu selayaknya menerima kata-kata pujian.

” Tapi bukan dia seorang sajalah, rata-rata yang bertanding pada malam itu pun adalah kawan saya juga. Saya doakan kejayaan buat mereka semua.

” Sebenarnya, kalau nak tahu, genre muzik yang dibawakan oleh Shila di AJL36 itu adalah genre sebenar yang dia paling suka.

” Sejak kami bercinta dulu, saya tahu, memang itulah dia. Shila cukup suka genre muzik seperti kumpulan Evanescence. Tapi biasalah, dulu ada tangan-tangan ghaib yang mengawal dia, jadi tak diberikan peluang itu.

” Tapi, tempoh hari, dia dapat peluang itu. Dia menyanyi dengan baik sebab benar-benar menjiwai. Akhirnya, kejayaan milik dia,” tambahnya.

Saat bahagia Sharnaaz dan Shila

‘Throwback’ kisah Sharnaaz dan Shila pada tahun 2013

Sementara itu, memetik laporan AstroAwani pada tahun 2013, hbungan Sharnaaz dan Shila menemui penghujungnya apabila Sharnaaz Ahmad membuat keputusan untuk memutuskan kisah percintaan diantara mereka.

Pelakon filem “Juvana” itu memberikan kenyataannya kepada sebuah akhbar, waktu itu, bahawa enggan dikaitkan lagi dengan keluarga Shila.

Menurut Sharnaaz, dia mahu melupakan segala yang berlaku diantara Shila Amzah dan sudah hilang perasaan hormat kepada bapa Shila, N.D Lala.

” Apa yang berlaku kepada penyanyi itu serta keluarganya adalah bukan lagi menjadi urusannya,” ujar pelakon itu.

Sharnaaz turut merasakan N.D Lala terlalu ego sehingga tidak memberikan peluang kepada Shila membuat keputusan tentang masa depannya.

Malah pada waktu itu, N.D Lala meIarang Shila dari ditemu bual media pada majlis rumah terbuka satu Malaysia sempena Tahun Baru Cina di Pulau Pinang.

Kisah mereka turut hangat diperkatakan apabila Shila menghilangkan diri enam hari.

Semasa persembunyiannya, Shila sempat memuat naik rakamannya di laman youtube sambil menangis teresak-esak ketika menyanyikan lagu “Ombak Rindu”.

Sharnaaz sebelum ini berhajat merisik Shila pada bulan Mac 2013, tetapi membatalkan niatnya selepas N.D Lala dan isteri tidak bersetuju.

Sharnaaz akhirnya berkahwin dengan kakak kepada selebriti terkenal Neelofa, Noor Nabila pada 31 Mac 2017. Namun jodoh mereka tidak bertahan apabila berc3rai 9 Julai 2020.

Sementara Shila pula berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada April 2018. Pasangan ini turut bercer4i pada Februari 2022.

 

Sumber: TRENDING

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*