Terpaksa Ditidurkan Sampaikan Isteri Mohon Buat Solat Hajat Dan Bacaan Yasin. Kini Ini Keadaan Terkini Ali XPDC.

Keadaan kesihatan penyanyi Ali XPDC yang dimasukkan ke Hospital Ampang sejak seminggu lalu semakin merosot dan terpaksa ditidurkan selepas mengalami kesukaran bernafas. Isterinya, Sharifah Syarzana memohon semua peminat dan rakan-rakan melakukan solat hajat dan bacaan Yasin untuk penyanyi itu.

“Keadaannya 50-50 sekarang. Minta adakan bacaan Yassin. Saya seorang menemaninya di hospital,” katanya kepada Harian Metro. Ali dikejarkan ke Hospital Ampang pada Jumaat lalu selepas didapati tidak bermaya. Difahamkan Ali bersama kumpulannya berlatih sebagai persiapan untuk Konsert Jualan Hitam 2022 yang akan berlangsung di Warisan Hall Studio, Banting pada 12 Mac ini.

Sementara itu, Facebook kelab peminat XPDC turut memaklumkan keadaan terkini penyanyi itu. Menurut pengendali laman sosial itu, Ali tidak dijangkiti CvdI9 dan meminta peminat terus mendoakan kesihatan penyanyi itu kembali pulih.

“Assalamualaikum. Perkembangan terkini saudara Ali XPDC setakat jam 7 malam hari ini (Khamis). Ahli keluarga Ali minta semua doakan Ali supaya cepat sembuh. Keadaan Ali kalau ikutkan semakin sihat dan mula diajar buat aktiviti ringan dan dah boleh bercakap walaupun keadaan separuh badan sebelah kanan masih lemah. Tetapi petang tadi Ali mengalami sesak nafas dan hospital telah tidurkan sementara buat masa ini. Walaupun pernafasan Ali sudah kembali normal tapi dia masih lagi ditidurkan dan dipantau. Apapun beliau masih lagi tidak boleh menerima pelawat. Ahli keluarga minta semua peminat dan sahabat untuk doakan dan solat hajat untuk kesihatan Mohd Ali Ismail dikembalikan dan sihat seperti dulu,” ujarnya.

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*