‘Apa salah saya?’ Baby Shima sekali lagi kesal. Kali ni dia bagitahu sebab apa pula

Kuala Lumpur: Penyanyi Baby Shima, 27, kesal apabila berterusan dibenci warganet yang tidak senang dengan apa yang dilakukan dalam industri hiburan.

Terbaharu, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, kembali menjadi mangsa apabila netizen mendakwa produk jamu yang dijual adalah minuman beralkohol atau ar4k.

“Saya tak tahu apa lagi salah saya sedangkan pernah cakap sebelum ini yang saya tak pernah mengganggu malah jauh sekali menyusahkan kehidupan orang lain.

“Kali ini mereka ulang lagi perkara sama dengan serang saya apabila melancarkan jamu Susuq Dara ini. Agak menghairankan apa yang mereka marah sangat pada saya?”Apa yang amat menyedihkan apabila mereka dakwa saya buat perniagaan ini menggunakan wang haram sedangkan saya bersusah payah kumpul modal untuk memulakan perniagaan ini,” katanya.

Menurut Shima, terdapat pihak yang tidak puas hati hingga sanggup membandingkan botol jamu keluarannya dengan botol minuman beralkohol sedangkan bentuknya sangat berbeza.

“Paling mengejutkan apabila ada yang berani mengugut saya agar berhenti jual jamu. Lebih teruk, ada yang tergamak cakap, hasil jamu yang saya jual adalah duit yang haram.

“Mereka cakap haram untuk mereka membeli produk saya dan minta dicampak ke dalam longkang sahaja. Malah ada juga yang sanggup gelar saya sebagai perempuan tak bermoral dek kerana sakit hati sangat dengan saya,” katanya.

Penyanyi lagu Pura-Pura Bujang ini beberapa hari lalu memuat naik beberapa hantaran di Instagram Story (IG Story) memaparkan komen netizen yang mengutuk produk itu.

Terdahulu Shima sebelum ini berkata, dia sering dikecam oleh peminat di negara sendiri berbanding peminat Indonesia yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kariernya.

Dia juga pernah menerima komen luc4h dari warga tempatan sehingga bertindak membuat laporan polis sebagai pengajaran.

Fakta Menarik Baby Shima 

1. Aktif menyanyi lagu cover di aplikasi Smule dan laman Youtube. Bagaimanapun mula mendapat perhatian selepas berduet dengan Khai Bahar di Smule di mana lagu Gurauan Berkasih nyanyian mereka telah meraih lebih 20 juta tontonan.

2. Mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dengan pengurusnya sendiri, Mohd Afrendie Affendy (Andy) selepas lima tahun berkenalan.

3. Antara single lagu yang pernah dihasilkannya seperti Tak Sabar, Nombor Dua, Makan Hati, Lelaki Lama, Kangen Rosul, Jaran Ucul, Main Mata, Sirna dan terkini, Roadblock Hatiku (duet bersama Floor 88).

4. Turut menyanyikan lagu tema Mawar Putih Tanda Perpisahan untuk drama dengan judul sama, arahan Bade Hj Azmi, terbitan Datuk Rosyam Nor pada tahun 2013.

5. Pernah membintangi telefilem Ayam Ribut Syawal sebagai watak utama, siaran TV3 pada tahun 2014.

6. Antara pencapaiannya dalam bidang hiburan ialah pernah menjuarai Mangga Star Search 2009, bergelar juara Bintang Idola Berita Harian 2010, juga juara program KPOPNya Raya (Astro Ria), tersenarai dalam pencalonan awal bagi kategori Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2012, Top 24 D’Academy Asia musim ketiga, tercalon dalam kategori Pendatang Baru Dangdut Terpopular Anugerah Dangdut Indonesia 2017 (MNCTV) dan menjadi finalis akhir program realiti Big Stage 2018.

7. Pernah tular kerana dimarahi penyanyi dangdut, Mas Idayu dalam program D’Academy Asia di Jakarta, Indonesia. Sekali lagi Shima menjadi bualan hangat kerana pengsan di konsert minggu kedua Big Stage sejurus selepas membuat persembahan.

 

Sumber : Trending

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*