Anak Hensem Dalam Masa Setahun! Ibu Terkejut Video Perubahan Wajah, Ini Jawapan Si Ibu Bila Ramai Minta Tips

“KECIL lagi tapi dah glow up.”

Begitulah kebanyakan komen yang ditulis pada video yang dimuat naik oleh ibu kepada Noah Eskandar yang baru berusia satu tahun ini.

Nur HasniZulaikha, 25, menceritakan semula mengenai perubahan drastik anaknya yang hanya berlaku dalam tempoh satu tahun sahaja.

“Gambar anak saya pakai baju merah tu dia baru saja masuk umur sebulan. Gambar tu saya ambil sebab anak saya nak kena buat border pass.

“Saya terpaksa buat pass tu sebab anak saya ni lahir di Kuching, Sarawak. Saya nak balik Semenanjung masa tu maka terhasillah gambar tu.

Antara komen komen netizen

Mmg Klo Bayi Msih Dlm Pantang Mmg Akn Nmpk Gelap Sket . Kaler Kulit Sbnr Dy Akn Nmpk Umo 3bulan Ke Atas..

Masa I Kecik Dulu My Mum Ambik Gambar Hitam Sgt Ii, Katanya Tk Ngaku Anak,Bila Dah Masuk 8bulan Ambik Ko Macam Anak Jepun
Sama Macam Bby Saya. Masa Lahir, Merah Gelap2 Je Kulit Dia. Sekarang 6m Putih Debab.

Cepat Adik Ni Glow Up. Akak Dh 20 Tahun Cenggitu Je. Hahaha Gurau Adik Comel Jela

Hahaha Eh Kecik Kecik Dh Pandai Glow Up Sistur Insecure

Mcm Ank Sy,Masa Lahir Cerah,Dlm Pantang Kulit Makin Gelap Sampi Ad Yg Pggl “Pak Hitam”. Skrg Dia Paling Cerah.

Im Brown And I Had Blonde Hair When I Was Born Then Turned Into A Brunette At 1yr

Selalunya Awal2 Sebab Kuning. Anak Saya Pon Jd Gni. Kulit Masa Under 3 Month Akan Nmpk Gelap

Ni Bukan Comeyy..Ni Hensem membesar Dgn Sihat Sayang

Kita Pulak Terbalik. Waktu Kecik Putih Cam Anak Cina Dah Besar Hitam

When He’ll Be Older. Tell Him That That Someone Has Crush On Him. And Send Him To Me

Dy 1 Thn Langsung Glow Up,Gw Yg 31 Thn Bukanya Glow Up Makin Butek

Emng Dr Gennya Sih Ni. Kdang Mlh Ada Yg Kebalik Ps Bayinya Putih Krna Emaknya Sering Minum Air Klpa Tp Ps Gdenya Kulit Brubah Sesuai Emak Bpknya

“Anak saya sebenarnya masa lahir tak gelap pun tapi beberapa minggu lepas beranak saya tengok kulit dia berubah gelap pula. Saya rasa sebab dia kena jaundice,” jelasnya yang senang disapa Hasni.

Bercerita lanjut, Hasni dan pasangannya yang berasal dari Alor Setar, Kedah ini merupakan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuching.

Noah pernah terkena penyakit demam kuning setelah beberapa minggu dilahirkan.

Jelas ibu kepada dua cahaya mata ini, penyakit Noah telah berlanjutan hampir dua hingga ke tiga minggu selepas beberapa minggu dilahirkan.

Namun, kata Hasni yang kini sedang berpantang selepas melahirkan adik Noah mengakui wajah anaknya itu sentiasa berubah dalam masa sekejap sahaja.

“Noah ni anak pertama saya yang lahir pada 16 Februari 2021 jadi sekarang umur dia dah setahun sebulan. Adik dia pula baru sebulan, saya pun tak habis pantang lagi. Bila orang cakap muka anak saya berubah tu, saya pun tak tahu nak bagi reaksi apa,” jelasnya.

Video si comel ini telah meraih lebih 8 jumlah tontonan sehingga kini di TikTok.

Bercerita lanjut mengenai video yang telah meraih lebih tujuh juta jumlah tontonan dalam masa sehari ini, rata-rata netizen memuji perubahan wajah anak sulungnya yang sangat comel.

Malah, ada juga beberapa komen dalam kalangan mereka yang meminta tip kepada ibu Noah setelah melihat perubahan wajahnya dalam tempoh setahun ini.

Ibu bapa Noah merupakan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuching.

Bagaimanapun, menurut Hasni, dia secara peribadi menganggap semua bayi melalui proses yang sama.

“Saya tak sangka pula nak jadi viral sampai macam tu sebab saja post suka-suka. Bila baca komen netizen rasa kelakar pula. Bagi saya semua baby sama comel masa lahir. Bila besar barulah berubah muka mereka semua.

“Being tan (kulit sawo matang) is more than okay sebab kita Asian kan. Lets not normalize asal putih je cantik sebab saya sendiri pun tan.

“Ada juga yang komen minta tip tapi saya tak ada amalkan apa-apa pun cuma adalah ambil makanan tambahan masa mengandung sampai Noah lahir, menyusu pun macam biasa,” ujar Hasni.

 

Sumber Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*