Tak Sia Sia Menunggu, Lepas Hampir 1 Tahun Hilang Akhirnya Liiana Rosli Dedah Dapat Balik Ig Dia

Siapa tak kenal akan usahawan sensasi kita ni, Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli bersyukur apabila akaun asal Instagramnya, @lianarosli_official sudah pun diterimanya kembali selepas dipercayai digodam hampir setahun lalu. Perkara berkenaan dimaklumkan pempengaruh yang juga anak dramatis senior, Normah Damanhuri itu menerusi satu entri di Instagram. “Alhamdulillah, syukur IG dapat balik dah,” tulisnya ringkas menerusi akaun yang mempunyai kira-kira 437,000 pengikut itu. Menerusi hantaran sama, Kak KM dilihat sedang bercuti bersama keluarga di Pulau Pinang. Sementara itu di ruangan komen, ramai yang turut bersyukur dan ramai turut teruja apabila Kak KM mula memuat naik video dan foto di akaun asalnya itu. Antarannya; “Ya Allah!! Yeahhh alhamdulillah!!!”, “Yeah berkat sabar.”, “Yay Kak KM is back.”, “Omg! Rindunya kak sayang dan akaun ni.”, “Akak dah lama tak tengik. Tahniah liana cahaya mata yang comel.”

Terdahulu, meski akaun utamanya digodam sebelum ini, Kak KM tetap aktif di akaun sementara yang kini mengumpul seramai lebih 165,000 pengikut. Sekadar info, Kak KM baru sahaja menimang cahaya mata perempuan yang diberi nama Cinta Carissa. Terdahulu, Kak KM dan suami dikurniakan seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.

 

Sumber, media hiburan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*