Teruk Kena Kritik Dengan Warganet, Tak Boleh Berdiam Akhirnya Pu Riz Tampil Dedahkan Maksud Sebenar Ayat Dia Tu

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila tular video memaparkan suami, Neelofa iaitu pendakwah bebas, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail tular di Twitter. Menerusi video itu, PU Riz sedang sedang memberikan tip dan mengulas tentang isu rumah tangga. Namun, kenyataan PU Riz menimbulkan rasa kurang senang warganet. “Rumah saya bayar, barang mentah saya sediakan, tapi kalau tak ada orang nak masak? Takkanlah saya pulak yang kena angkat beras, takkan saya pula kena belajar?” katanya. Pengguna Twitter yang memuat naik video tersebut turut mempersoalkan mengenai kelayakan PU Riz sehingga dipanggil oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai salah seorang speaker.

Tidak kurang juga, ada warganet yang mengkritik PU Riz itu yang didakwa tidak boleh bertolak ansur dengan isteri sendiri, tidak kurang juga ada yang mempersoalkan mengapa selebriti popular itu memilih pendakwah berkenaan sebagai suami. Suami kepada selebriti popular Neelofa, Haris Ismail tampil mengulas semula kenyataannya dalam sepotong klip video yang tular di Twitter baru-baru ini. “Ada di Twitter satu tulisan sebegini dan outcome kepada tulisan ini menyatakan Haris menyuruh isteri membawa masuk beras ke dalam rumah.

Sebenarnya bukan itu maksudnya dan kalau didengar betul-betul dengan hati terbuka, maksudnya ialah supaya isteri itu dianjurkan untuk memasak. “Tapi kepada mereka yang bekerja dan ada tanggungjawab di luar, kalau tak sempat tak menjadi satu dosa dan masalah. “Berbalik pada video ini apa yang nak disampaikan adalah kerana orang lelaki itu wajib menyediakan tempat tinggal. Orang lelaki kalau mampu sediakan tempat tinggal tak kisah beli atau sewa maka dia boleh berkahwin atau dianjurkan untuk berkahwin.

“Orang lelaki dilebihkan beberapa perkara daripada orang perempuan dan dia mesti bagi nafkah dan infaqkan harta kepada isteri dan anak-anaknya. Itu maksud yang nak disampaikan. “Tidak boleh kita suruh isteri kita angkat beras berat-berat masuk rumah. Tak boleh kita minta isteri baiki bumbung bocor, tak boleh. Itu perkara yang mnzlimi,” jelasnya tenang. Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah, PU Riz pada 27 Mac tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki diberi nama Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.

 

Sumber : Astro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*