Ameng Spring tampil beri nasihat selepas 2 artis ini bakal berdepan dengan hkuman gntung kerana ddah

Kuala Lumpur: Selain ada yang pernah dipenjara dan dijatuhi hukuman denda, dua selebriti dalam industri hiburan Malaysia kini berdepan hukuman lebih parah iaitu g4ntung sampai mati mandatori jika sabit kesalahan akibat memiliki pelbagai jenis d4dah.

Terdahulu, kes mengedar dad4h jenis kan4bis yang dihadapi penyampai radio, Isma Halil Hamzah, 49, disiasat mengikut Seksyen 39B Akta D4dah Berbah4ya (ADB) 1952.

Mengikut pertuduhan, Isma Halil didakwa mengedar kanabis dengan anggaran berat 409 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju di sini, jam 5.35 petang pada 27 Ogos 2021.

Isma Halil mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan ke atasnya di Mahkamah Tinggi di sini, Februari lalu.

Terkini, pada Khamis lalu (24 Mac), seorang penyanyi nasyid lelaki ditahan di kediamannya di sebuah kondominium di Kota Damansara di sini dan pemeriksaan menemui 17 batang pokok ganja di rumah berkenaan.

Dia yang juga komposer turut disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952 dan Seksyen 6B ADB 1952.

Artis terbabit kini direman bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ketika diminta mengulas isu selebriti dalam industri hiburan yang terkait dengan isu siasatan mengikut Seksyen 39B ADB 1952 ini, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez berkata, semua itu perlu diserahkan kepada mahkamah untuk membuat penghakiman.

“Ia bukan kes pertama (selebriti ditahan mengikut seksyen ini), namun kita tidak boleh terus menghukum mereka ini.

“Ini kerana mereka perlu menghadapi perbicaraan dan mereka belum boleh dikatakan bersalah selagi belum disabitkan dengan kesalahan itu,” katanya.

Menurut Freddie, ada yang mengatakan jumlah dad4h ditemui adalah besar dan terus menjatuhi hukuman terhadap selebriti berkaitan.

“Kita pun tidak tahu sama ada ia digunakan untuk diri sendiri atau diedar. Ia masih perlu disiasat dan disahkan oleh pihak berkuasa.

“Tidak adil jika kita terus menjatuhi hukuman terhadap mana-mana selebriti yang ditahan sedangkan siasatan atau perbicaraan masih berjalan,” katanya.

Pada masa sama, Freddie turut menggesa mana-mana artis yang masih terbabit dengan dad4h supaya meninggalkan tabiat itu.

“Berhenti segera, jangan korbankan nyawa kita kerana dad4h.

“Kita boleh hidup tanpa dad4h. Apa guna dad4h kepada badan kita ini,” katanya.

Freddie turut meminta mana-mana artis yang mahu meninggalkan tabiat menghisap dad4h, namun sukar melakukannya supaya bertemu pihaknya.

Katanya, Karyawan akan berusaha untuk membantu dengan mendapatkan mana-mana pusat pemulihan dengan syarat, artis terbabit memang mahu berhenti menghisap dad4h.

Sumber : HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*