Baru Ja Elfira Loy Disahkan Masuk Hospital, Kini Ini Pula Keadaan Terkini Anak Sulungnya

Memang umum sudah kita ketahui pelakon Efira Loy yang kini sarat hamil zuriat kedua telah dikejarkan ke hospital selepas status kesihatannya menurun, pada sabtu lalu. Maklum Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy menerusi akaun Instagram, masalah gastrik yang dialami turut terkena jangkitan kuman. Menurut bintang berusia 28 tahun ini, keadaan tersebut juga berlaku susulan dirinya terlalu kuat bekerja. Katanya lagi “This week Anak masuk hospital, Mommy teman anak masuk hospital, Mommy teman sakit sekali. “When saying “im strong, i can do this “doesnt work anymore. Ingatkan penat biasa-biasa je sebab kerja banyak sangat. Rupanya memang dah overworked body ni soo dehydrated, ada infection dengan gastric lagi. “Semalam terpaksa cancel my hosting job so that i am fully rested and ready for my trip tonight,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Elfira memberitahu tahap kesihatan anak lelakinya, Muhammad Rayyan Khalaf selepas masalah jangkitan kuman di bahagian paru-parunya berulang kembali. “Rayyan pulak, his pneumonia is back. Apparently it is common to get the pneumonia back kalau terdedah pada new environment, school, pergi cuti or tempat ramai. “Gotta take it slow after this. Probably gotta take a break from school, vacations and crowded places. (and pool),” tulisnya lagi. Sekadar informasi, Elfira dan suaminya, Faris Khairol Anuar mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 1 Januari 2019. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019. Elfira kini sedang menghitung hari bagi menantikan detik kelahiran cahaya mata keduanya. Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara.

 

Sumber, media hiburan.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*