Ramai Lagi Yang Kehilangan Ibu Bapa Tapi Berjaya, Anak Zahid Hamidi Tampil Pertahankan Pensyarah

Memang tak asing lagi kita dengan susulan daripada video viral kini, mengenai seorang pensyarah dari universiti awam yang dikatakan merendahkan martabat seorang pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), anak kepada Presiden UMNO, Nurul Hidayah Ahmad Zahid menerusi satu hantaran di laman Instagram turut memberikan respon berhubung isu berkenaan. Menerusi hantaran tersebut Hidayah berpendapat, pensyarah berkenaan marah berikutan pelajar itu tidak mempunyai komputer riba walaupun sudah semester lima. Ujarnya lagi, walaupun pelajar itu kurang berkemampuan namun dia perlu bertanggungjawab dan meletakkan perkara tersebut sebagai keutamaan.

Katanya lagi, saya ini ada juga pensyarah yang saya tak suka tapi tak ada la sampai nak aibkan pensyarah. Dah dia pensyarah dia marah la student yang dia rasakan tak ambik serius dan ambik mudah dalam hal pembelajaran. Ujarnya lagi, kewujudan media sosial menyebabkan orang ramai memilih untuk berkongsi menerusi platfom tersebut termasuklah pergaduhan antara suami dan isteri. Budak zaman nijam. Divert la rasa sedih dan kecewa tu kepada satu tenaga untuk membakar semangat. Kalau betul nak ilmu tak akan share atau aibkan pensyarah mcm tu. Reality lagi teruk. Habis kalau kau kena marah dengan boss nanti pun letak kat SOCMED ke macam mana? Kau rasa nanti majikan nak tak ambik pekerja mcm tu? Sikit-sikit letak kat SOCMED.

Mengulas lebih lanjut, Hidayah menegaskan pensyarah tersebut sama sekali tidak mengkritik golongan B40 dan menjelaskan kata-kata tersebut dilontarkan berikutan rasa kecewa. Ramai je orang B40 yang berjaya. Ramai je orang mak pak yang pergi menghadap ilahi masa kecik, masa belajar dan berjaya. Dan ramai juga yg buat part time kerja untuk beli laptop. Ramai je yang boleh bantu belikan laptop – NGO, wakil-wakil kerajaan, ADUN, wakil rakyat. Hendak seribu daya. Itu maksud pensyarah tu sebenarnya. Yang penting utamakan yang utama dan kesungguhan kita untuk mencapai apa yg kita mahukan.

 

Sumber, oh bulan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*