PETALING JAYA – Penyanyi nasyid Yassin Sulaiman yang disyaki memiliki d4dah dan menanam pokok ganja di sebuah kondominium di Kota Damansara, di sini tiba di Kompleks mahkamah untuk didakwa.
Yasin yang memakai t-shirt berkolar hitam tiba di mahkamah pada kira-kira pukul 10 pagi diiringi anggota polis.
Difahamkan dalam prosiding pertuduhan hari ini, Yasin yang berusia 47 tahun akan dituduh mengikut Seksyen 39B dan 6B Akta D4dah Berb4haya 1952 yang mana setiap satu daripadanya didakwa masing-masing di Mahkamah Majistret dan Sesyen.
Pada 21 Mac lalu Kosmo! Online melaporkan polis menahan penyanyi nasyid kerana disyaki memiliki d4dah dan menanam pokok ganja di sebuah kondominium di Kota Damansara, di sini.
Penahanan dibuat terhadap suspek yang berusia 47 tahun pada pukul 5.30 petang itu selepas bertindak atas maklumat, polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menemui satu bekas plastik berwarna biru atau hitam di dalamnya terdapat dua plastik lutsinar berisi daun kering disyaki ganja seberat 214 gram di dalam rumah berkenaan.
Yasin (dua kiri) ketika tiba di mahkamah di sini hari ini.
Nilai dad4h yang dirampas dianggarkan RM10,700 dan hasil pemeriksaan lanjut di bahagian sebelah dapur menjumpai satu almari dan di dalamnya terdapat tiga pokok disyaki pokok ganja.
“Turut dirampas satu botol cecair pemusnah serangga, alat penyukat suhu, dua lampu LED serta satu alat menyiram tanaman,” katanya.
Pemeriksaan di dalam bilik pertama menjumpai 13 pokok dalam pasu disyaki pokok ganja selain satu pokok tumbuhan sama di balkoni.
Pada masa sama, sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Wish dan wang tunai turut disita. Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dad4h jenis THC.
Suspek mempunyai sejarah terlibat penagihan dad4h lebih kurang 10 tahun dan menanam pokok ganja selama dua bulan.
Lama Tak Dengar Pasal Yasin Sulaiman, Ini Biodata Beliau. Bukan Calang2 Penyanyi
Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman, berpendapat, golongan yang menolak suntikan v4ksin berhak dengan pendirian diri masing-masing sama ada mahu berterusan memilih jalan itu.
Menurut Yasin, setiap manusia mempunyai pendirian masing-masing dan dia juga percaya bukan menjadi satu masalah buat negara sekiranya ada golongan yang tidak mahu menerima suntikan v4ksin.
“Di sekeliling saya ramai tak ambil v4ksin lagi dengan alasan pelbagai atau mungkin juga mereka berasakan tak nak terbabit dengan agenda v4ksin. Ikut kepercayaan masing-masing.
“Tapi bagi saya ia tak jadi masalah pada negara pun. Sebab kadar v4ksinasi seluruh negara pun sudah mencapai 90 peratus.
“Lagi satu, kita tak boleh paksa mereka. Dalam perubatan pun sama. Cuma, pengambilan v4ksin ini adalah untuk kesedaran bersama bagi melindungi diri kita,” katanya.
Bagaimanapun, menurut Yasin mereka yang digelar anti v4ksin ini bukanlah ancaman buat mereka yang sudah mengambil suntikan v4ksin.
“Saya tak raikan pendapat mereka, tapi saya hormat pendirian mereka. Sebab soal masukkan sesuatu dalam badan adalah atas diri sendiri. Jadi, apa pun keputusan mereka, itu hak mereka.
“Bagi saya, buat masa sekarang ini bukan satu masalah. Melainkan kalau majoriti yang tak nak v4ksin, itu baru masalah. Anti v4ksin bukanlah ancaman buat kita.
“Kalau tengok sekarang pun kes harian kita makin turun. Tak perlu nak kecoh atau saling bergaduh di media sosial. Pada akhirnya yang tak nak ambil tetap tak nak ambil,” katanya.
Yasin Sulaiman Kongsi Keadaan Selepas 10 Tahun Hidap Bip0lar: “Sebelum Ini Saya Takut…”
Sejak kebelakangan ini banyak berita kurang enak mengenai tindakan yang diambil oleh segelintir individu yang mengalami tekanan atau masalah kesihatan mental disiarkan akibat tekanan hidup selepas pandemik COVID 19 melanda dunia dan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP) dilaksanakan di Malaysia bagi mengekang virus ini.
Menerusi program terbitan Gempak, #Sembang Tepi Kak Gee, hos iaitu Kak Gee bersama pakar psikologi klinikal Akif Basri membicarakan tentang masalah kesihatan mental agar ia mendapat perhatian yang lebih meluas serta pemahaman yang baik dalam kalangan masyarakat.
Salah seorang tetamu yang dijemput untuk berkongsi pengalaman dan pendapat mengenai kesihatan mental adalah penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman.
Ikut berbicara mengenai topik Depresi: Luar Bahagia, Dalam Sengsara, Yasin yang didignosis menghidap Bipolar 10 tahun lalu mengaku terkejut saat pertama kali disahkan sakit.
“Sebenarnya pada awal saya salah didignosis iaitu stress. Tapi kemudian baru didignosis ada Bipolar.
“Saya sendiri tak tahu mengenai Bipolar. Masa tu pula saya sedang mencipta nama so bila didignosis saya rasa ‘eh aku dah gila ke apa ni?’” akui Yasin.
Penyanyi lagu Mimpi Laila itu kemudian mengaku mendapatkan rawatan kerana mahu sembuh. Ironi dia sendiri tidak mahu masyarakat tahu, apalagi mengenangkan dirinya dikenali kerana karier sebagai seorang pelaku seni.
“Saya mendapatkan rawatan kerana mahu selesaikan masalah ini. Sebelumnya saya tak pergi sebab takut reputasi karier dan pandangan masyarakat terhadap saya. Jadi atas faktor itu saya kekalkan sebagai rahsia.
“Jadi kemudian adalah episod Bipolar ini terjadi. Saya ingat episod pertama berlaku saya tidak tidur dua minggu, jadi hyper. Saya buat lagu, kerja studio dan buat semua benda. Selepas dua minggu baru saya rasa tak sihat, saya tumbang, jadi saya pergi hospital untuk rawatan,” kata Yasin.
Tambah Yasin, hari ini dia berani berkongsi pengalamannya sebagai salah seorang penghidap Bipolar kerana sudah berasa lebih sihat dari kehidupannya sebelum ini.
“Saya yakin jika sekarang ada orang yang masih menghidap Bipolar, dia tidak akan berkongsi hal ini.
“Dulu ya (takut pandangan orang). Dalam keadaan itu menyusahkan saya bila saya fikir apa orang fikir pasal saya. Tapi untuk sekarang, saya selesa dengan diri sendiri,” lanjut Yasin.
Biar pernah diuji dengan penyakit yang masih tabu dalam kalangan masyarakat untuk dibicarakan ini, Yasin bersyukur kerana diberi pengalaman dan pelajaran daripada ‘keistimewaan’ yang Allah berikan kepadanya.
Nak tahu lebih lanjut perkongsian Yasin mengenai penyakit ini dan tips bersama Akif, jangan lupa untuk tonton di platform Gempak.com dengan episod baharu pada setiap Khamis pukul 9 malam.
Siaran ulangan #Sembang Tepi Kak Gee juga boleh ditonton menerusi siaran di Astro Ria setiap Isnin pukul 9.30 malam atau anda juga boleh STRIM di Astro Go & On Demand serta dengarkan podcast #STKG di Anchor, Spotify.
Berikut Sedikit Info Biodata Yasin
Nama penuh Yasin: Mohamad Yasin bin Sulaiman
Asal: Kuala Lumpur
Tarikh lahir: 30 Oktober 1975
Umur: 41 tahun
Pekerjaan: Penyanyi, penerbit dan pencipta lagu
Keturunan: Kacukan Melayu dan Australia
Instagram Yasin: @yasinsulaiman
Biodata Duo Star 2016 Yasin Sulaiman
Yasin merupakan peserta Duo Star Astro yang berduet dengan Ila Damiaa sebagai pasangannya. Sebelum ini, Yasin merupakan bekas kumpulan nasyid terkenal iaitu Brothers.
Pencapaian Dan Kejayaan Yasin Sulaiman
Juara Keseluruhan – Anugerah Juara Lagu 2001 – “Mimpi Laila”
Juara Kategori Irama Malaysia – Anugerah Juara Lagu 2001 – “Mimpi Laila”
Album Pop Etnik Terbaik – Anugerah Industri Muzik Malaysia ke 10 – “Salsabila”
Juara Kategori Irama Malaysia – Anugerah Juara Lagu 2003 – “Wassini” (Waheeda)
Naib Juara Lagu Terbaik – Anugerah Hits 1 2004 – “Lagu Rindu” (Siti Nurhaliza)
Lagu Paling Popular – Anugerah Planet Muzik 2004 – “Lagu Rindu” (Siti Nurhaliza)
(Finalis) Penyanyi Lelaki Popular (ABPBH) – Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2001 dan 2003
Sumber : kosmo
Leave a Reply