Rudy Imran Meninggal Dunia, Rakan Industri Titip Ucapan Takziah

Hari ini industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pemergian penulis lirik, bekas wartawan hiburan dan juga penulis novel, Rudy Imran Shamsudin yang meninggal dunia akibat penyakit kanser usus di kediaman keluarganya di Semenyih, Selangor.

Rakan Industri Titip Ucapan Takziah

Pemergian insan berbakat besar ini, membuatkan industri hiburan tanah air diselubungi rasa pilu atas kehilangan Allahyarham. Berita yang mengejukan ini membuatkan ramai rakan industri menitipkan ucapan takziah sambil mengenang kenangan Allahyarham di media sosial masing-masing.
“Sahabat yang baik.. Sentiasa beri kata-kata semangat.. Sentiasa menegur bila perlu.. Lontaran dan susunan kata yang indah.. Berbakat besar.. Bercita-cita tinggi.. Itulah sahabatku RUDY IMRAN.. Pulang sudah dikau kepada Yang Maha Pemilik..” – Erra

“Allahuakbar, satu lagi perkhabaran sedih. Allah lebih menyayangimu abang lelaki teragung kami @iman_imran75 . Kesayanganku mohon sedekahkan Al-Fatihah buat abang Rudy” – Fasha

“Dia lah orang yang banyak membantu El semasa permulaan karier El sebagai seorang pelakon..

Semoga abang ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, El akan selalu doakan abang.. I’m gonna miss you abang @iman_imran75 . Terima kasih untuk segalanya!” – Elvina

“Al fatihah. Terima kasih abang Rudy, menulis untuk karya Menangkah Cinta dan banyak lagi lagu hebat. Semoga Allahyarham Rudy Imran ditempatkan bersama orang-orang bertaqwa” – Hafiz Hamidun

“Al Fatihah.. Selamat tinggal abang. Rehat lah.” – Pekin

“Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa arwah dan terima segala amal soleh arwah amin.. Takziah keluarga abang Rudy / @iman_imran75” – Amar Baharin

 

Sekadar info, Allahyarham Rudy Imran banyak menghasilkan lirik lagu yang hebat dengan nama pena Iman Imran. Antara lirik lagu yang pernah dicipta beliau adalah lagu Lelaki Teragung nyanyian Dayang Nurfaizah yang merupakan juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-31.

Lagu Hey! Kau nyanyian Allahyarhamah Sandra, Nyawa dan Raga nyanyian Sarah Suhairi, Di Pintu Syurga nyanyian Dayang Nurfaizah, Menangkah Cinta nyanyian Erra Fazira dan banyak lagi.

Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang beriman. Al-fatihah.

 

Sumber : murai

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*