Amar Bahrin pohon doa orang ramai, ini keadaan terkini isterinya pelakon Amyra Rosli

Kuala Lumpur – Pelakon Amyra Rosli terpaksa berehat daripada menjalani penggambaran drama Jangan Menangis Cinta kerana mengalami s.akit sendi dan lebam di beberapa bahagian pada tubuhnya selain batuk yang tidak henti.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh suami kepada Amyra iaitu Amar Baharin ketika dihubungi.

Sekadar info, Nur Amira Izzati Rosli merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2011 menerusi drama Jodoh, kemudiannya memegang watak utama menerusi siri televisyen waktu perdana Tersuka Tanpa Sengaja dan Cik Bunga Encik Sombong di Astro Ria serta watak tajuk dalam drama Nur dan kesinambungannya di TV3.

“Amyra diberi rehat selama tiga ke empat hari kerana keadaan dia agak te.ruk sehingga susah untuk berjalan.

“Dia mengalami s.akit sendi dan b.engkak pada beberapa bahagian dan yang paling t.eruk adalah di kaki. Dalam tempoh rehat ini saya akan bawa dia untuk menjalani pemeriksaan lebih lanjut di pusat perubatan atau mendapatkan rawatan perubatan Islam.

“Saya sendiri tidak tahu apa yang harus dilakukan jika Amyra hanya berehat di rumah.

“Rasanya lebih baik dia dit.ahan di wad dahulu supaya doktor boleh memantau keadaannya,” jelas Amar.

Terdahulu Amar berkongsi tentang keadaan isterinya itu menerusi satu perkongsian di laman Instagram miliknya.

Amar turut memberitahu keadaan itu tidak pernah berlaku kepadanya dan Amyra telahpun menjalani pemeriksaan beberapa hari lalu, namun keputusan ujian d.arah dalam keadaan baik.

“Memang p.elik sebab tidak pernah berlaku seperti ini. Selepas buat ujian d.arah, doktor beritahu tidak ada sebarang j.angkitan ku.man.

“Malah doktor sendiri tidak dapat memberi penyelesaian terhadap penya.kit yang dihidapinya,” katanya.

Sementara itu menerusi perkongsian IG Story Amyra sebelum ini, dia masih meneruskan penggambaran drama seperti biasa. Bagaimanapun selepas keadaan menjadi semakin s.erius, dia diberi waktu rehat.

Untuk rekod pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 4, dan Ayra Aryssa, 2.

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*