Anak2 nanti kepulangan, tapi ini sebenarnya yg berlaku kepada rumah tangga Yasin

Bekas penyanyi nasyid dan komposer terkenal, Yasin Sulaiman, 47 hari ini telah menghadapi dua pertuduhan di mahkamah iaitu menanam 17 pokok g4nja dan mengedarnya di sebuah unit kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara di sini, pada jam 5.30 petang, 24 Mac lalu.

Dia yang hadir diiringi pihak polis sekitar jam 10 pagi tadi sempat menjawab soalan wartawan yang bertanyakan tentah keadaannya.

Turut hadir ke mahkamah hari ini adalah abang kandung kepada Yasin iaitu Zain Sulaiman, 50 dan ahli kumpulan Brothers, Akbar bagi memberikan sokongan.

Anak2 sangat kuat dan nanti kepulangan Yasin
Menerusi Harian Metro, abang kandung kepada Yasin memaklumkan yang anak-anak penyanyi itu mengharapkan agar kepulangan bapanya setelah mengetahui keadaan terkini penyanyi itu.

“Anak-anaknya sangat kuat dan menunggu kepulangan beliau (Yasin),” katanya.
Sokongan dari keluarga tak berbelah bahagi
Tambah Zain lagi, anak-anak Yasin yang berusia 17 dan 12 tahun turut menaruh harapan tinggi untuk melihat bapa mereka kembali ke pangkuan keluarga dan mendoakan yang terbaik buat penyanyi lagi Mimpi Laila tersebut.

Jelasnya, sokongan daripada ahli keluarga sememangnya tidak berbelah bahagi dan tak henti menitipkan doa buat Yasin ketika ini.

“Saya mendoakan Allah SWT mempermudahkan segalanya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.

Fasa penceraian burukkan lagi tahap kesihatan

Hidap bipolar, sedang melalui fasa penceraian
Dalam pada itu, peguam Yusmadi Yusoff yang mewakili Yasin memaklumkan tahap kesihatan penyanyi tersebut sedikit memburuk selepas melalui fasa penceraian dengan isteri. Difahamkan, selebriti berkenaan menghidap bipolar sejak tahun 2009 dan kali terakhir menerima rawatan adalah kira-kira dua bulan yang lalu.

Walau bagaimanapun, dia tetap mendapat sokongan yang penuh daripada ahli keluarga dan kenalan serta tidak mempunyai sebarang rekod negatif sepanjang kerjaya seninya.

Terdahulu, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen dimaklumkan yang Yasin menghidap bipolar sejak 2009 dan memerlukan rawatan susulan, dengan rawatan terakhir diterimanya pada dua bulan lalu.

Yusmadi memohon pertimbangan mahkamah untuk rawatan anak guamnya, sebelum mahkamah mengarah perkara itu dibawa ke pengetahuan Jabatan Penj4ra.

Mahkamah juga tidak membenarkan Yasin diikat jamin sehingga dan telah menetapkan 18 Mei 2022 untuk sebutan semula kes.

 

 

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*