Minta Untuk Betulkan Hidung Tapi Lain Pulak Yang Jadi, Sekali Ini Tindakan Yang Bakal Dikenakan Pada 2 Doktor Tersebut

Seorang pemilik salun mengemukakan sm.4n RM2.7 juta terhadap dua doktor sebuah klinik kecantikan di Kepong di sini kerana didkwa cuai dalam menjalankan operasi terhadap hidungnya. Pemilik salun di Axis Mall Ampang, Adam Hamil, 34, berkata, dia menjalani operasi “rhinoplasty s.vrgery” di klinik tersebut sebanyak dua kali bagi memperbaiki kedudukan hidungnya yang sedikit senget.

“Doktor kata boleh buat (hidung saya) 98 peratus sempurna, tetapi inilah hasilnya (kecacatan hidung) yang saya dapat. Sepatutnya selepas operasi hidung jadi “centre” (lurus). Operasi pertama pada 21 Mei 2021 bayaran RM10,000 dan operasi kedua pada 28 Jun percuma, tetapi hidung jadi semakin teruk,” katanya pada sidang media di pejabat peguamnya di Menara Dato Onn di sini hari ini.

Sementara itu, Peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid berkata, anak guamnya menuntut RM2.7 juta daripada defendan meliputi ganti rugi khas RM152, 211.95, ganti rugi am RM2,100,000 dan ganti rugi teladan RM500,000. Menurut beliau, ganti rugi am RM2,100,000 termasuk ganti rugi bagi kecuaian perubatan, travma, kejutan dan tekanan perasaan, kehilangan reputasi dan keyakinan perniagaan. Terdahulu, Wan Azmir berkata, sm.4n dikemukakan Adam adalah terhadap dua doktor dari sebuah klinik kecantikan yang terkenal dalam kalangan selebriti.

“Dalam kes ini tuntutan plaintif terhadap defendan adalah atas kuasa tindakan kecuaian perubatan, salah nyata dan penipuan terhadap anak guam kami semasa melakukan operasi “rhinoplasty sv.rgery”. Tuntutan ini adalah berkenaan kecc.4tan hidung yang dialami oleh anak guam kami,” katanya.

 

Sumber: K! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*