Sekali Lagi Tular Video Mesra Zul Dengan Ruhainies, Tapi Kali Ni Lain Macam Pulak

Nama aktor kacak, Zul Ariffin masih menjadi bualan ramai selepas memuat naik video memaparkan beberapa adegan ‘panas’ bersama pelakon baru, Siti Hariesa. Rentetan daripada klip video tersebut, ramai pihak tampil memberikan respon berhubung isu berkenaan yang disifatkan bercanggah dengan tuntutan agama serta budaya hidup masyarakat di Malaysia. Terbaru, sebuah video pendek dikongsi seorang pengguna TikTok, dikenali sebagai Fyzalbabjan jadi perhatian ramai memaparkan aksi ‘manja’ Zul Ariffin bersama pelakon jelita, Ruhainies. Video tersebut memaparkan pelakon Sangkar yang baring di atas paha Ruhainies dan turut disaksikan oleh beberapa orang yang lain.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet dilihat sempat memberikan peringatan kepada mereka berikutan masih tidak mempunyai sebarang ikatan yang sah dan perlu menjaga batas sebagai seorang Muslim. Bukan itu sahaja, warganet sempat berteka-teki sama ada mereka sudah berkahwin atau pun tidak. Terdahulu, Ruhainies berkongsi video mengenakan busana Bollywood dan memakai inai serta berlari sambil diikuti oleh jeja.ka misteri dari belakang. Bagaimanapun, rata-rata warganet mendakwa jejaka misteri itu adalah Zul Ariffin berikutan sosok tubuh badan yang tinggi dan ‘sado’. Bukan itu sahaja, pelakon Menantu Bilal menjelaskan permohonan maaf yang dibuat oleh Zul Ariffin sebelum ini merupakan jalan terbaik bagi menjernihkan keadaan susulan klip video yang tular sebelum ini.

@fyzalbabjan Love @ruhainies777 ♬ original sound – surajpalshigh

Rupanya Dalam Diam Dah 7 Tahun Nama Di Blacklist, Sekali Ini Penjelasan Ruhainies. Nama Ruhainies sudah pun cukup terkenal di tanah air kita. Sesiapa sahaja pasti mengenali pelakon jelita ni yang sudah agak lama bertapak di industri tanah air kita. Namun pasti ramai yang tak tahu bahawa hampir 7 tahun nama pelakon ni telah pun tidak diterima sebagai palkon utama buat sesebuah drama untuk dijadikan tayangan di TV3. Perkara ini dilaporkan oleh portal hiburan TMZ Zeelproduction.

Dari laporan itu, Ruhainies sampai mengalirkan air mata kerana setelah 7 tahun tunggu, akhirnya dia dapat pun jadi pelakon utama untuk slot Akasia TV3. Ruhainies merupakan pelakon utama untuk drama Sayang Tak Dikenang berganding dengan Fadlan Hazim. Ini komen Ruhainies tentang namanya yang tak lepas untuk jadi pelakon utama. “Anis rasa pelik juga mengapa agaknya setiap kali nama dihantar pelakon utama slot Akasia, nama akan selalu kena pinggir. Jawapan di terima ialah maaf Anis, nama you tidak diluluskan. Anis pelik, apalah agaknya salah silap Anis ni.

Anis sebelum ini memang pernah menang satu kategori pelakon di Anugerah Drama DFKL bila pertama kali berlakon Slot Akasia berjudul Hello Mr Perfect. Masa tu berganding dengan Fattah Amin. Ianya kira-kira 7 tahun dulu. Nak kata ada isu disiplin tak bagus, Anis amat menjaga disiplin, nak kata Anis ada isu sana sini, Anis bukannya artis seperti itu, memang agak pelikkkan. Tak tau apa salah anis. Anis nak ucapkan terima kasih banyak kepada Feroz Khadir yang beri peluang kepada Anis untuk jadi pelakon utama untuk drama Sayang Tak Di Kenang ini. Harap ianya akan di terima para penonton.”

Kerjaya Ruhainies juga dilihat semakin berkembang baik dan kini bakal membintangi satyu lagi drama untuk IQIY TV. Dari laporan bayaran yang diterima agak lumayan juga. Ruhainies juga kini dah ceburi bidang business. Selamat maju jaya buat pelakon ini.

 

Sumber:TMZ Zeelproduction

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*