Tular Tentang Kes Yasin, Kali Ni Wardina Pula Tampil Dedahkan Bantuan Jenis Apa Yang Yasin Perlukan

KECEWA dengan penahanan Yasin Sulaiman kerana mengusahakan tanaman bahan terlarang, pelakon Wardina Safiyyah berkata, penyanyi itu tidak sepatutnya diperlakukan sedemkian. Wardina atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot berkata penyanyi lagu Mimpi Laila itu seharusnya menerima rawatan dan pemulihan disebabkan berdepan masalah kesihatan mental. “Pergl dan pembnh pun tak dikenakan hukuman gntng sampai pergi menghadap illahi. Yasin tidak layak ditahan seumur hidup mahupun hukuman gntng sampai pergi menghadap illahi hanya untuk pasu tumbuhan. Wardina berkongsi pandangannya mengenai kes Yasin di Instagram.

“Dia layak untuk dirawat kerana masalah kesihatan mentalnya dan memerlukan sokongan dan mungkin pemulihan. Dia seorang kawan, artis yang sangat berbakat, bijak, berani, seorang yang baik walaupun terdapat kekurangan. “Saya doakan dia menjadi lebih kuat, lebih baik dan mengharungi dugaan ini dalam satu bahagian,” kata Wardina. Pelakon dan pengacara berusia 42 tahun itu berkongsi pandangannya mengenai kes penyanyi nasyid itu di laman Instagram miliknya. Yassin berdepan hukman mti selepas didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Khamis atas pertuduhan mengedar bahan terlarang jenis gnj4 di sebuah kondominium pada 24 Mac lalu.

Menerusi laporan mStar, bagaimanapun tiada pengakuan direkod daripada tertuduh kerana kes itu terletak di bawah kuasa Mahkamah Tinggi. Dalam prosiding berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen, Norshila Kamaruddin, Yasin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah merah yang mana daripadanya Knbis (gnj) yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama. Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun yang memperuntukkan tahanan seumur hidup dan sebtn tidak kurang daripada enam kali, jika sabit kesalahan.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, mahkamah bagaimanapun tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap penyanyi tersebut. Dalam pada itu, pelakon filem Lagi Lagi Senario ini turut meletakkan tanda pagar memohon keadilan untuk Yasin dan berharap penyanyi lagu Salsabila itu dibebaskan. “#justice4yasin #justiceforyasin Innalillahiwainnailaihirajiun. “Bebaskan dia dari penjara dan tolong rawat serta bantu dia. #istandwithyasinsulaiman #bipolarawareness. Harap kekal kuat di sana kawan! Kami menyokong anda!” ujarnya.

 

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*