“Semua masuk air..” (Video) Gelagat Fara Fauzana, Zara Zya, Shila Amzah & Jihan buat hal curi tumpuan

Hubungan persahabatan yang tercipta memberikan satu makna tidak terungkap dek kata-kata. Antara hubungan selebriti yang sering menjadi perhatian ramai adalah Zara Zya bersama rakan-rakannya iaitu Fara Fauzana, Shila Amzah dan Jihan Muse.

Mereka ini antara selebriti yang memiliki hubungan sangat rapat. Malah baru-baru ini empat selebriti ini telah membuat rakaman untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada peminat mereka.

Namun seperti kebiasaan, bila Fara Fauzana, Zara Zya, Shila Amzah dan Jihan berkumpul, boleh bikin pecah! Masing-masing memiliki perangai kelakar yang membuatkan ramai berdekah menyaksikannya.

Lihat sahaja perangai Fara Fauzana, Zara Zya, Shila Amzah dan Jihan buat hal dalam rakaman yang dimuat naik menerusi Instagram berikut:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse)

Sampai nak tersembur Zara Zya dibuatnya tengok perangai Jihan dan lain-lain! Apa-apa pun perkongsian rakaman Fara Fauzana, Zara Zya, Shila Amzah dan Jihan buat hal ini telah meraih lebih 179 ribu likes. Rata-rata warganet terhibur menyaksikan gelagat selebriti ini telah meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:

“Elok2 nak lelap ter tengok ni terus mengilai aku tetengah malam ramadan ni..Ya Allah”

“Masuk air la semua. Btw Kak Jihan ketua gonjeng…Salam Ramadan”

“Hahaha lawaklah korang. Apa pun selamat bersahur dan berpuasa”

“Sangat simfoni sangat harmoni”

“Bila bergabung tak pernah tak lawak”

 

Sumber: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*