Reaksi Makcik OKU ini buat ramai terharu selepas Ustaz Ebit Lew beri hadiah kepadanya

Kuala Lumpur – Sebelum ini tular di media sosial, video memaparkan seorang wanita orang kurang upaya OKU duduk di bahagian penumpang motosikal roda tiga sambil menahan panas terik mentari.

Turut kelihatan seorang lagi wanita yang membonceng motosikal itu di tengah bandar Kuala Terengganu.

Kep.eritan wanita yang menjaga makciknya dan terpaksa menaiki kerusi roda itu mendapat perhatian pend.akwah terkenal, Ebit Lew.

Menerusi perkongsian di media sosialnya, Ebit berkongsi perjalanannya ke Terengganu usai solat Subuh pagi tadi semata-mata untuk berjumpa dua wanita cekal itu.

Menceritakan berita gembira di 1 Ramadan ini, Ebit memilih untuk meringankan d.erita dilalui mereka apabila menghadiahkan sebuah kereta yang dibeli secara tunai.

“Akak ini kuat kerja, jual aiskrim potong. Siapa nak beli aiskrim potong, beliau akan hantar dengan motor roda 3 ke mana-mana. Beliau juga tidak suka bergantung dan berharap pada sesiapa.

“Jika sesiapa nak bantunya boleh beri aiskrim potongnya dan s.ponsor ke untuk anak y.atim atau majlis buka puasa.

“Sebelum ini sambung ijazah sarjana m.aster tapi terhenti kerana keadaan kewangan dan menjaga makcik yang s.akit,” kongsi Ebit di Facebooknya.

Makcik Gembira Pegang Tangan

Sebak syukur rasa. 1 Ramadhan kami dapat hadiahkan kereta Perodua Bezza baru untuk akak yang v.iral kebaikannya menjaga makciknya s.akit oku dengan bawa berniaga kemana-mana dalam motor roda tiga di Terengganu.

Lepas Subuh terus ke Terengganu. Sampai tadi akak ni terkejut dan gembira. Saya terus bawa kakak ni beli kereta dekat Perodua Kuala Terengganu. Baik layanan semuanya terus kami bayar cash kereta ni untuk hadiah pada kakak ni.

Akak ni kuat kerja jual aiskrim potong. Siapa nak beli aiskrim potong beliau akan hantar dengan motor roda 3 ke mana-mana.

Makcik tadi tiba-tiba pegang tangan saya cium dan ketawa gembira je bila dapat kereta baru. Semoga Allah berkati keluarga ini dan berikan rezeki mencurah-curah buatnya.

Sumber : Astro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*