Tahun Pertama Puasa Tanpa Isteri, Shuib Muat Naik Video Buat Ramai Yang Sebak

Selebriti terkenal, Shuib dilihat menziarahi psra isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin sebelum menyambut bulan Ramadan tahun ini. Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad berkongsi momen tersebut dengan memuat naik sepotong video di Instagram miliknya. Kali pertama menyambut bulan Ramadan tanpa isteri, bintang berusia 37 tahun ini menzahirkan rasa sayu dan hiba bersama peminat. “Menangislah kerna hanya kamu dan Dia yang benar faham. Salam Ramadhan Sayang,” tulisnya ringkas pada di ruangan kapsyen. Imbas kembali, Shuib dan Sarah telah mendirikan rumah tangga bersama pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Terdahulu, Sarah yang telah disahkan positif covid19 terpaksa ditidurkan sebelum menjalani operasi bagi mengeluarkan bayi dalam kandungannya yang mencecah usia tujuh bulan lebih awal, pada 5 Ogos lalu. Kemudian, Sarah menghembuskan nafas terakhirnya di Unit rawatan Rapi, hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 5.13 pagi, 9 Ogos. Sarah diuruskan di Tanah Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Komen warganet:

 

Sumber : Era

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*