Adik Akid Ditindas Kerana Miskin, Netizen Luah Kecewa. Sekali Ebit Lew Datang Bawa Khabar Gembira

Sudah menjadi lumrah jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin yang dihadapi hampir ke semua negara, sama ada negara mundur, membangun atau maju.

Namun, ia bukanlah tiket untuk mempersendakan taraf hidup seseorang seperti yang dialami oleh seorang budak lelaki dan keluarganya.

Rumah Akid memang roboh….
Semalam, kecoh di media sosial menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh MyFundAction yang melihatkan keadaan daif oleh keluarga adik Akid di negeri Kelantan.

Dalam video tersebut, difahamkan bahagian dalam rumah adik Akid telah roboh disebabkan keadaan kayu yang digunakan semakin rapuh sejak Oktober tahun lepas.

Dorang cakap kami jenis meminta dan ambil duit orang….

Lebih menyayat hati apabila budak lelaki tersebut mengatakan ramai individu menuduh keluarganya sejenis yang kuat meminta dan mengambil duit penduduk kampung.

Walhal, dia sendiri perlu keluar mengambil upah seperti mencuci tandas untuk membeli barangan keperluan dapur seperti bawang dan tepung untuk dibuat alas perut seisi keluarga.

Barangan yang dibelinya itu adalah hasil daripada upah sebanyak RM 6 yang diterima, dan itu pun ramai masih menuduhnya mengambil duit orang.

Mana perginya kroni2 Mercedes?

Perkongsian video tersebut telah dimuat naik semula oleh seorang pengguna di laman Twitter dengan meluahkan kecewa, selain mempertikaikan peranan orang atasan dalam membela nasib masyarakat di negeri sendiri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan perasaan yang sama atas sikap tidak bertanggungjawab itu kerana mengabaikan nasib rakyat.

Semoga nasib golongan yang ditindas seperti adik Akid ini mendapat layanan yang sewajarnya seperti orang lain.

Ebit Lew Datang Tologn Bina Rumah Baru

Seperti biasa, jika ada rakyat dalam kesusahan, aktivis terkenal Ebit Lew merupakan antara ornag yang terawal akan turun padang memberi bantuan

Menurut Ebit Lew dia terbang dari Subang terus ke Kota Bharu bagi melawat adik Akid. Perasaan sebak dan sayu mula menyelubungi Akid saat bertentang mata dengan Ebit Lew.

Berikut catatan Ebit Lew di laman facebook rasmi milik beliau

“Adik akid menangis ye. Jangan sedih. Kita ada Allah.

“Syukur kami akan bina rumah baru untuk akid. Terus beli semua barang untuk buat rumah baru. 2jam selesai beli dan bayar semua barang untuk buat rumah.”

“Selepas Subuh terus keluar rumah. 7.30 pagi tadi terus fly dari Subang ke Kota Bharu. Terus ke rumah adik Akid.”

“Adik Akid kenapa menangis? Saya tak sangka ustaz datang rumah saya. Saya suka sangat dekat ustaz. Selalu tolong orang. Saya nak tolong orang macam ustaz.”

“Saya orang biasa je adik. Adik orang baik. Allah sayang adik. Ramai orang ambil berat pasal adik. Semua orang sayang adik.”

“Tadi pun semua ada bersama. Terima kasih Penghulu, orang kampung, Imam, Ngo lain,kak Raja Anita, Abang Amran. Terima kasih My Fund Action viralkan video. Terima kasih Kru” @PertubuhanKasihUmatMalaysia”

 

Sumber: TikTok @myfundaction , Twitter @naimazharrrr, FB Ebit Lew

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*