Ibu Tiri Pergi Menghadap Illahi, Aisaar Khaledd Muat Naik Satu Video Buat Warganet Sedih

Khabar duka menimpa pelakon dan personaliti media sosial, Aisar Khaled selepas memaklumkan ibu tirinya Rahayu Muhammad telah kembali ke rahmatullah pada pagi Rabu. Berita mengenai pemergian itu dikongsikan oleh Aisar menerusi sebuah hantaran di laman Instagram. Menurut pelakon drama Chandelier ini, meskipun agak berat baginya untuk menerima pemergian tersebut, namun dia tetap reda dengan segala ketentuan yang telah diaturkan oleh Sang Pencipta. “Perginya seorang ibu yang tercinta. Ibu tiri saya (Rahayu Binti Muhammad) telah pergi ke rahmatullah pada Subuh 3 ramadhan pagi tadi . “Baik sangat orangnya Allah lebih sayang mummy. Yang hidup pasti akan pergi, bersiap sedia banyakkan amalan.

“Mintak sahabat semua sedekahkan Al-fatihah,” tulisnya sebak. Dalam pada itu, Aisar turut mengingatkan orang ramai untuk sentiasa bersedia  berhadapan dengan pemergian dengan memperbanyak amal ibadah. Menerusi entri berasingan, bintang berusia 22 tahun ini turut berkongsi sepotong video sewaktu dia menyempurnakan ibu tirinya itu di tanah prkbrn. Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa dukacita selain turut menitipkan doa semoga ibu tiri Aisar ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

“Inalillahiwaiina hirojiun. Semoga Allah beri rahmat kepada allahy4rhamah Dan semoga doa menjadi penghubung. Semoga bertemu kembali di akhirat kelak. “Baik orangnya, pergi menghadap illahi dalam bulan Ramadan. Semoga rhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. “Innalillahiwainnailaihirojiun.. semoga allah meletaknya dikalangan orang yang beriman. “Al-fatihah. Stay strong Aisar! Tahu Aisar kuat. Moga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. “Ya Allah rasa baru tengok video masak bersama. Ibu pergi di bulan yang mulia. Be strong Aisar,” antara komen-komen warganet di laman Instagram. Setakat ini, video yang dikongsikan di laman Instagram itu telah pun meraih lebih 100,000 jumlah tontonan selain turut dihujani komen-komen warganet.

 

Sumber, MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*