Dapat Tahu Bapa Tenat, Ini Komen Sajat tentang Balik Malaysia Ke Tak

PETALING JAYA: Bapa kepada usahawan kontroversi, Nur Sajat Kamaruzzaman, 37, kini berada dalam keadaan tenat.

Perkhabaran tersebut dikongsikan adik perempuannya, Mustika, menerusi satu perkongsian di Instastory di Instagram miliknya.

Menerusi coretan tersebut, dia meminta orang ramai agar mendoakan bapa kesayangannya yang kini semakin tenat.

“Minta semua doakan ayah saya, ayah dah makin tenat,” tulisnya ringkas.

Menjengah entri Sajat pula, dia memaklumkan kondisi kesihatan bapanya tidak begitu baik sejak minggu lepas.

Sajat setakat ini hanya dapat membuat panggilan video bagi mengetahui perkembangan bapanya.

“Akhirnya dapat dokumen perjalanan saya. Sangat gembira dapat terbang ke awan biru. Sekarang Sajat boleh lah terbang untuk perjalanan perniagaan dalam masa terdekat ini.

“Kalau hendak balik Malaysia itu, memang tidak boleh bagi menjenguk keluarga, mak dan ayah Sajat, sekarang ayah Sajat tidak berapa sihat.

“Dari minggu lepas lagi ayah tidak sihat. Sajat di sini membuat panggilan video dan dapat mengirimkan wang belanja untuk keluarga,” katanya di Instagram.

Mengulas lanjut, dia yang kini menetap di Australia sempat meminta menitipkan doa yang baik-baik buat ahli keluarganya.

“Apa-apa pun, kak long dan mak selalu berkongsi perkembangan hal ayah saya.

“Doakan baik-baik untuk keluarga saya. Harap semuanya okey,” ujarnya lagi.

Terdahulu Sajat pernah meminta sebanyak RM2 juta untuk dia pulang ke Malaysia

Sajat: Bagi RM2 juta, saya balik Malaysia

Usahawan yang mendapatkan suaka di Australia, Nur Sajat Kamaruzzaman, membayangkan dia tidak bercadang untuk kembali dengan mudah ke Malaysia kerana kehidupannya di negara ini “sudah hancur.”

Pun begitu, dia berkata, kalau ada orang menawarkan RM2 juta kepadanya keputusan itu mungkin berubah.

“Kalau saya balik Malaysia apa saya dapat? Kalau nak bagi RM2 juta, saya baliklah. Kalau tak nak bagi, nak buat apa.

“Saya dah hancur segala-galanya di Malaysia, kalau RM2 juta bak mai, saya balik. Kalau tak ada RM2 juta buat apa, tak naklah…

“Di sini, macam-macam saya boleh dapat. Jadi kamu nak saya balik untuk apa? Cuba beritahu kenapa saya perlu balik? Kenapa you all (kamu semua) nak saya balik sangat?” katanya menjawab soalan netizen.

Sajat sebelum ini dituduh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas kesalahan mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana menghina atau sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Disebabkan itu, dia mendapatkan suaka daripada kerajaan Australia pada Oktober tahun lalu selepas melarikan diri dari Malaysia, melalui Thailand.

Terbaru, dia dikehendaki polis bagi membantu siasatan dalam kes penipuan maklumat kad pengenalan yang sedang dibicarakan di Mahkamah Ampang Jaya.

Mak nyah itu dikehendaki hadir di Mahkamah Ampang Jaya pada 22 Februari depan. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan satu lagi waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.

Tak mahu disalahkan atas bencana alam

Sajat pada masa sama secara sinikal menjelaskan, tidak lagi mahu dijadikan seolah-olah kambing hitam sekiranya sesuatu bencana menimpa negara ini.

Jelas Sajat, dia sudah serik apabila namanya seringkali ‘dipetik’ menjadi asbab sesuatu musibah menimpa Malaysia.

“Kalau saya balik Malaysia, saya tak boleh pakai baju terbelah-belah atas bawah macam longkang ni.

“Kalau saya pakai, nanti semua bencana alam yang berlaku kat Malaysia tu orang cakap disebabkan salah saya.

“Habis semua Pencetus Ummah, ustaz, ustazah, menteri agama lepas tu Jabatan Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia nanti semua kata semua yang berlaku disebabkan bersubahat dengan orang berdosa macam saya,” ujarnya.

Menambah hujahnya itu, kata Sajat, walaupun dia sudah tidak berada di Malaysia, negara ini tetap ditimpa musibah.

“Nanti ada yang kata Tuhan marah menyebabkan air laut bergelora, angin bertiup kencang, ribut taufan, bumbung melayang dan tanah terus retak

“Ni, aku tak ada pun, masih ada ribut dan banjir sana sini. Cukup, aku tak nak diperlehkan lagi,” katanya.

‘Penderaan seksual’ di sekolah agama

Menurut Sajat, orang ramai begitu mudah menjatuhkan hukum terhadapnya disebabkan penampilannya sedangkan banyak lagi perkara negatif berlaku disebabkan kejahatan yang disembunyikan.

Dia turut mengambil contoh penderaan seksual yang berlaku di sekolah-sekolah agama.

“Manakala, manakala itu kita tak nampak, tuding satu jari kat Sajat, empat jari lagi pada orang yang tak nampak.

“Mereka berselindung di sebalik baju, jubah dan kopiah,” katanya.

 

 

Sumber : mkini, hmetro, ig sajat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*