Baru Ja YAM Che Puan Besar Khaleeda Mahu Bela Nasib Bela, Kini TMJ Tampil Terus Ambil Tindakan

Baru baru ini tular media sosial tentang kes pend3raan remaja orang kurang upaya (OKU) sindrom down yang dikenali sebagai Bella terus ‘hangat’ diperkatakan.Kalini, kes tersebut telah pun mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menawarkan khidmat peguamnya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati (watching brief). Perkara itu diumumkan Tunku Ismail sendiri menerusi satu posting di Facebooknya. Menurut Tunku Ismail, beliau akan menghubungi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berhubung tawaran berkenaan.

Katanya lagi “Saya telah berhubung dan berbincang dengan peguam-peguam saya mengenai kes pend3raan Bella. “Kes ini sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan pihak pendakwaan kerajaan sudah memulakan perbicaraan terhadap OKT (orang kena tuduh) dalam kes ini,” katanya.Jelas Tunku Ismail, kes pendakwaan pada ketika ini melibatkan dua pihak iaitu pendakwa raya kerajaan bagi pihak kerajaan/awam dan peguambela yang dilantik untuk mewakili tertuduh (OKT)“Saya akan menghubungi Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan menawarkan perkhidmatan peguam-peguam saya secara percuma untuk menjalankan arahan memerhati (watching brief) bagi pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat untuk kes ini,” katanya.

Terdahulu isteri Tunku Ismail YAM Che Puan Besar Khaleeda Bustamam berazam akan menggunakan kuasa yang ada padanya untuk membela nasib remaja Sindrom Down, Bella. Menerusi laman sosial Instagram, Che Puan Khaleeda berkongsi luahan rasanya terhadap malang yang menimpa Bella untuk tatapan umum. Jelas beliau, tindakan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dianggap pengecut kerana merasakan dirinya boleh terlepas daripada perbuatan keji yang telah dilakukan. Sumber, Gempak

Tular Isu Adk Bella, Kali Ni YMChe Puan Khaleeda Tampil Beri Respon Padu Buat Peguam OKT Terdiam. Perbicaraan kes membabitkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang dikatakan menga.4bai dan meng.4niaya remaja perempuan sindrom d.own dikenali sebagai Bella menarik perhatian ramai. Saban hari warganet mengikuti dan membincangkan secara terperinci tentang perkembangan kes berkenaan daripada pelbagai sudut berdasarkan laporan media. Tidak terkecuali menceritakan tentang prosiding yang berlangsung di M.hkmah Sesyen Kuala Lumpur itu ialah salah seorang peguam pasukan pembelaan Siti Bainun iaitu Nurul Hafidzah Hassan.

Menerusi Twitter, Nurul Hafidzah berkongsi transkrip c.ross exa.mination atau soal balas pihak peguam Siti Bainun. Namun warganet memandang daripada sudut berbeza apabila foto barisan peguam bergambar dengan Siti Bainun yang dikongsikan Nurul Hafidzah bagi mengiringi rantaian ciapannya lebih menarik minat mereka. Secara khususnya ia terarah kepada keceriaan peguam dengan ada antara mereka yang menunjukkan simbol tangan mini love dan peace. Rata-rata warganet tidak berpuas hati dengan foto berkenaan dan mula mempertikaikan tahap profesi.onalisme barisan peguam.

“Saya faham tugas peguam. Wakili client, abaikan pendirian peribadi. Tapi kalau sampai pose bergambar dengan al.leged a.buser siap simbol mini love and peace, tak tau nak cakap apa. Seorang remaja did.ra dan anda dengan bangganya menyiarkan gambar dengan pn.dera?. Saya tahu anda menjalankan tugas tetapi untuk menyiarkan gambar ini bersama-sama dengan t.hread adalah sangat tidak perlu. Menj.ijikkan!” tulis warganet. Justeru Nurul Hafidzah ketika dihubungi menjelaskan tentang hal berkenaan agar masyarakat tidak terkeliru dengan isu yang menjadi pertikaian di media sosial.

“Tak menjadi kesalahan apabila peguam mengambil gambar dengan anak guam. Tak ada masalah, malah kita tak terikat dengan etika yang mengatakan tidak boleh bergambar dengan OKT orang kena t.duh. Ia adalah perkara yang tidak sepatutnya dijadikan i.su,” katanya. Sementara itu mengulas tentang cross exa.mination yang dikongsikannya di Twitter, Nurul Hafidzah berkata perkara itu dibuat memandangkan k.es Siti Bainun dibicarakan di m.ahkamah terbuka.

“Cr.oss exam.ination ni dibuat di m.hkmah terbuka yang mana orang ramai boleh lihat. Tapi apa yang terjadi adalah, ia did.dahkan separuh-separuh supaya nampak j.ahat sangat Siti Bainun ni. Sedangkan soalan-soalan balas yang ditanyakan tidak pula ditulis. Jadi saya ambil tanggungjawab ini dan semestinya saya sudah bertanyakan kebenaran m.ahkamah dari pasukan saya untuk berkongsi. Media boleh cakap apa yang berlaku semasa c.ross exam.ination tu tapi orang ramai kena tahu ada banyak lagi soalan balas yang ada dan jawapan jawapan seterusnya,” jelasnya.

Dalam pada itu menjawab t.dvhan yang mengatakan dia dibayar dengan sejumlah wang sehingga sanggup memb.ela Siti Bainun, tegas Nurul Hafidzah dia tidak menerima sebarang bayaran. “Saya bersetuju untuk membantu k.es ini selepas meneliti dokumen yang ada. Malah kami barisan peguam yang membantu ini tidak menerima sebarang bayaran,” katanya lagi.

Ini Reaksi Dari YM Che Puan Khaleeda


Sumber, Online Malaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*