‘Orang Lain Pun Banyak Jugak Job Offer, Tapi Takdela Tamak Macam Ko’ Fezrul Khan Berang, Pelakon Ni Buat Perangai

” Dah masuk 3 kali ko buat macam ni..!!”

Demikian pendedahan aktor Fezrul Khan yang beng4ng dengan sikap seorang aktres yang dianggap tidak menghormati jadual pelakon lain terutama yang lebih senior.

Malah, bukan kali pertama, kjdian itu merupakan kali ketiga pelakon wanita baharu berkenaan buat hal apabila tidak datang ke lokasi penggambaran pada saat akhir.

Menurut Fezrul atau nama sebenarnya Fezrul Khan Junaidi, 40, tndakan pelakon itu memberi kesan kepada pelakon lain sehingga terpaksa menunggu lama di lokasi penggambaran.

” Bukan sekali dia buat begitu, pelbagai alasan dia gunakan untuk beritahu tidak boleh datang ke lokasi penggambaran pada saat akhir.

” Tndakan itu menyusahkan orang lain. Dia seperti tidak hormat tenaga produksi dan juga barisan pelakon lain yang lebih hebat dan banyak menang anugerah.

” Kalau ada banyak tawaran lain pun kenalah pandai susun jadual dan kalau boleh jangan terlalu t4mak sehingga berlaku perkara sebegini,” katanya ketika dihubungi mStar.

Lakonan kau pun belum sampai level aku!

Disebabkan m.arah dengan sikap pelakon tersebut juga, Fezrul terbuka untuk berkongsi luahan di media sosial miliknya pada Isnin.

” Orang lain pun banyak jugak job offer, tapi takde la t4mak macam ko.

” Semua job ko amik sampai menyusahkan semua artis. Ko dah tahu ada scene hari ni last minit ko tak boleh datang shoot, apa lagi alasan ko nak bagi?

” Ni dah masuk 3 kali ko buat macam ni. Penah dengar tak pepatah Ako, orang tam4k selalu pu##mak.

” Tolong respeks orang lama, ini dah masuk kali ketiga ko buat macam ini, ko BBNU lagi… lakonan kau pun belum sampai level aku!” antara luahan Fezrul di Instagram.

Fezrul yang kini sedang menjalani penggambaran drama Tiger Long berkata, biarlah dia menjadi wakil untuk bercakap perkara tersebut dan tidak kisah jika ada yang membenci dirinya.

” Kami dah berbincang dalam group Whatsapp tetapi tidak ada maklum balas. Jadi biarlah saya kongsikan terus di media sosial.

” Tidak kisahlah jika nama saya bvruk, yang penting saya boleh menjadi wakil menyuarakan pendapat dan memudahkan kerja orang lain,” jelasnya.

FEZRUL KHAN meluahkan kemarahan terhadao seorang pelakon baharu yang berkali-kali tidak hadir ke lokasi penggambaran tanpa alasan kukuh,

Sementara itu Fezrul turut menasihatkan semua pelakon terutama yang masih baharu supaya mengamalkan sikap profesional dalam bekerja.

” Kalau belum pro (handal) berlakon, jadilah seorang yang profesional ketika bekerja.

” Susun jadual dengan baik dan jangan ambil semua tawaran tetapi hasilnya tidaklah begitu baik,” ujarnya.

Sudah 15 tahun memahat nama dalam dunia lakonan tempatan, namun nama Fezrul Khan kurang mendapat liputan umpama pelakon-pelakon seangkatan, termasuk bakat baharu yang tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Begitupun kekerapan kemunculannya di kaca televisyen dan layar lebar, dikira cukup membanggakan.

Dia tidak perlu menagih sensasi dengan membikin onar untuk menarik perhatian wira papan kekunci.

Tidak perlu mengejar populariti, sebaliknya kualiti yang diutamakan.

Bercerita lanjut sisi peribadi pelakon drama Demi Tuhan Aku Bersaksi ini, berikut biodata ringkasnya khas buat pembaca.

10 fakta menarik Fezrul Khan

1) Pemilik nama sebenar Fezrul Khan bin Junaidi Khan ini dilahirkan pada 24 September 1982, merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur.

2) Menginjak usia 40 tahun, Fezrul merupakan pelakon dan pengarah yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2004.

3) Fezrul memulakan kerjaya lakonan dengan membuat penampilan sulungnya di layar lebar menerusi filem SH3 arahan Zek Zukry, ia turut dibintangi oleh Fasha Sandha. Filem ini ditayangkan pada 2 Disember 2004.

4) Pada 2006, beliau memegang watak sebagai Syukri dalam drama Dua Hati di TV3, ia menjadi drama pertama lakonannya dan kemudian beliau memegang watak sebagai Razlan dalam drama Jelatang, digandingkan bersama Intan Ladyana.

5) Antara drama dibintanginya seperti, Cinta Balqis, Love You Mr. Arrogant, Menjinak Ombak, Sayangku Kapten Mukhriz, Hikayat Cinta Si Pematah Hati dan KL Gangster: Underworld.

6) Fezrul turut terbabit dalam telefilem Jejaka Idaman, Ampunkan Dosaku, Jubah Putih Kain Kapan, Rumah Kecil Untuk Tuhan, Di Penghujung Sujud, I Heart You Cik Yah, 30 Hari Membunuh Cinta dan banyak lagi.

7) Pembabitannya di layar perak menerusi filem SH3 The Movie, Sumpahan Kum Kum, Hanya Aku Cinta Kau Seorang, Minyak Dagu, Cerita Kita, Bencinta, Aku Pilih Kamu, Awak Nak Kahwin Dengan Saya, Kaki Kitai dan Mirip.

8) Sah bergelar suami kepada Noorhafizah Zulkafli pada 5 Mei 2012. Bagaimanapun mereka akhirnya memilih untuk bercrai talak satu pada 19 Ogos 2015 angkara masalah dalaman.

9) Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut mendapat seorang anak lelaki iaitu Farrel Khan yang kini berusia 9 tahun.

10) Selain bergelar pelakon, Fezrul juga memiliki dusun di Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang dibelinya dengan harga RM150,000. Dusun itu diisi dengan tanaman durian Musang King, pisang nangka, nangka madu dan petai.

 

 

Sumber: mstar, iluminasi, bharian dan IG Fezrul

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*