Salah Seorang Bayi Kembar Pergi Buat Selamanya, Cristiano Ronaldo Tampil Dedahkan Satu Berita Duka

Pesohor bola sepak Cristiano Ronaldo menyampai khabar duka. Dia dan pasangannya, Georgina Rodriguez telah kehilangan salah seorang anak kembar mereka yang baru dilahirkan. Ronaldo membuat pengumuman bayi lelakinya telah pergi buat selamanya melalui akaun media sosialnya.

“Dengan rasa berat hati dan sedih kami terpaksa mengumumkan bayi lelaki kami telah pergi buat selamanya. Ini adalah kelukaan terdalam yang dirasakan oleh para ibu bapa,” tulis pemain Manchester United dan Portugal ini. “Anak lelakiku, anda adalah malaikat kami. Kami menyayangimu,” tambahnya lagi.

Beliau kemudian mengatakan kelukaan dan kesedihan yang dialami mereka berdua sedikit disembuhkan dengan kehadiran bayi perempuan yang merupakan kembar yang selamat. “Kelahiran bayi perempuan kami memberi cahaya, kekuatan dan harapan serta kebahagiaan buat kami,” katanya lagi. Sambil berterima kasih kepada semua pihak termasuk barisan doktor, Ronaldo mengatakan mereka memerlukan privasi untuk melewati waktu sukar yang sedang dialami. “Kami sangat berdukacita atas kehilangan kami. Kami meminta semua pihak memahami dan memberi kami ruang serta privasi untuk melalui detik sukar ini,” pintanya.

Pada Oktober lalu, pasangan ini mengumumkan sedang menantikan kelahiran sepasang kembar. Kemudian pada bulan Disember, mereka memaklumkan akan menyambut bayi kembar lelaki dan perempuan.Untuk rekod, anak sulung Ronaldo, Alana Martina dilahirkan pada tahun 2017. Beliau juga sudah memiliki sepasang anak kembar iaitu Eva dan Mateo yang dilahirkan melalui proses ibu tumpang pada tahun sama.Beliau juga mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia 11 tahun, Cristiano Jr. namun identiti wanita yang menjadi pasangan Ronaldo sebelum ini tidak pernah diumumkan.

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*