Kini Jadi Youtuber Pulak, Erra Fazira Tampil Buat Content Papar Kehidupan Hariannya

Seiring dengan perkembangan teknologi, kini pelbagai kandungan menarik boleh didapati dengan melayari internet termasuk video-video menarik misalnya di saluran YouTube. Terbaharu, penyanyi dan pelakon popular Erra Fazira turut sama mencipta saluran YouTube sendiri, Keep In Touch With Erra Fazira bagi mendekatkan lagi dirinya dengan peminat setia. Berkongsikan perkara itu di Instagramnya, Erra berkata dia sudah lama merancang untuk menubuhkan salurannya sendiri dan gembira akhirnya ia dapat direalisasikan.

“Yeah!!! Akhirnya saya dah dah saluran YouTube sendiri: Keep In Touch With Erra Fazira. Memang dah lama Erra plan nak buat YouTube Channel (YTC) sendiri tapi baru sekarang berkesempatan untuk work on it. Bukan senang eh rupanya nak buat content ni. Macam-macam nak kena buat. Salute untuk mereka-mereka yang dah lama dan hebat dalam bidang ini. Please do subscribe, like and share my YouTube Channel: Keep In Touch With Erra Fazira tau? Banyak lagi video-video yang Erra nak share. So, stay tune and keep in touch ok?” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tampil dengan episod pengenalan, Erra memuat naik video dia mengenang menyambut bulan Ramadan ketika zaman kanak-kanak. “Pernah la juga puasa yang yang yok sebab saya iman tak kuat, waktu tolong arwah nenek buat kuih, time gentel-gentel kuih tu pastu saya makan. “Selain itu, saya pernah la juga cvri-cvri minum dalam bilik air… itu perkara biasa la kot. Mesti ramai yang melalui fasa itu,” katanya berseloroh. Dalam video itu juga, anak tunggal Erra, Engku Aleesya, 13, turut kelihatan sama berbuka puasa bersama ibunda tercinta serta beberapa krew penerbitan YTC Erra. Sumber, Media Hiburan

Erra Fazira tak tolak jodoh bukan Melayu

“Saya tak ada masalah untuk berkawan atau berkahwin dengan bangsa lain,” kata penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira. Erra, 47, berkata, sejak dulu hingga sekarang, dia tidak pernah menyekat sekiranya jodoh yang hadir bukan dalam kalangan orang Melayu.

“Perhubungan yang terjalin dengan seseorang bukan Muslim boleh membuka ruang untuk mereka mendalami agama Islam dengan lebih dekat. Saya sentiasa alu-alukan walaupun jika jodoh yang datang bukan dalam kalangan orang Melayu. Saya anggap sesiapa pun bukan Muslim yang mahu mendekati saya adalah kerana mereka mahu mendalami agama Islam,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan filem terbaru lakonannya, Kongsi Raya di sebuah pusat beli-belah, di sini.

Erra berkata, mungkin juga seseorang berlainan bangsa mendekati dirinya kerana mereka berminat untuk mendalami budaya berbeza. Erra berkata, dia pernah berpasangan dengan seseorang bukan Melayu. “Berkenalan itu ada tapi tidak sampai ke fasa berkahwin,” katanya. Persoalan itu diajukan berikutan filem lakonannya ini adalah terbitan sebuah produksi Cina tempatan.

Ia mengisahkan percintaan berlainan bangsa iaitu Melayu dan Cina yang mendapat tentangan ibu bapa masing-masing. Erra buat pertama kali melakonkan watak sebagai ibu dalam filem ini yang menggandingkannya dengan Harith Iskandar sebagai suami serta pelakon baharu, Qasrina Karim sebagai anak mereka. Filem arahan Teddy Chin yang turut menampilkan Chew Kin Wah dan Ong Ai Leng ini akan ditayangkan di pawagam seluruh negara sempena Tahun Baharu Cina pada 3 Februari ini. Mengulas pembabitannya dalam filem itu, Erra menerima tawaran terbabit kerana ingin menimba pengalaman berlakon di bawah produksi Cina.

“Saya dah pernah bekerja dengan produksi Melayu dan India dan apabila bekerja dengan produksi ini, saya kagum dengan disiplin membabitkan jadual bekerja. Waktu penggambaran akan habis tepat pada masanya. Kalaulah produksi kita pun begitu, pasti industri kita akan lebih berkualiti. “Selain itu, cara Teddy mengarah juga berbeza. Saya rasa mungkin kita boleh ambil sedikit cara mereka dan mereka pun boleh ambil perkara yang positif daripada kita,” katanya.

Bercerita kesudiannya membawa watak itu, yang jarang dilakukannya, Erra berkata, dia ingin mencuba sesuatu yang baru. “Saya pernah bawa watak ibu sebelum ini menerusi drama, manakala ia kali pertama untuk filem. Dan apa apa watak pun akan ada banyak cabang. Kali ni saya bawa watak ibu yang moden selain pengarah cuba sampaikan mesej tersendiri secara berhibur, berlawak dan bersahaja. Saya menafikan dapat tawaran lumayan, namun harga yang diberikan mereka boleh dikatakan berpatutan dan sesuai dengan nilai saya,” katanya.

 

Sumber, Hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*