“Ni Yang Saya Rindu, Jadi Orang Biasa” – Tumpahnya A1r M4ta Siti Nurhaliza Di Makkah! Netizen Pun Sama Seb4k

Perkongsian penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi siaran langsung media sosialnya di Makkah semalam ternyata membuatkan ramai yang ‘bergenang air mata’.

Semuanya gara-gara luahan Siti yang merindukan suasana di tanah suci itu.

Menurut Siti, sudah lama dia tidak merasa kehidupan seperti orang biasa, apatah lagi menjadi insan yang kecil di rumah Allah.

“Seronok saya dapat kongsi bersama anda semua, pemandangan di Ka’bah, suasana Makkah.

“Ni yang saya rindu sebenarnya, saya jadi orang biasa, dapat duduk macam ni, buatkan saya jadi manusia yang sekecil-kecilnya.

“Duduk ramai-ramai macam ni, orang tak kenal saya pun. Masing-masing tengah berdoa yang terbaik, berebut.

“Seronok, ini yang saya rindu-rindu sangat-sangat,” katanya.

Jelasnya, dia bersyukur apabila Allah SWT memakbulkan doanya untuk kembali mengerjakan umrah.

“Alhamdulillah Allah makbulkan, walaupun suami saya tak ikut tapi dia mengizinkan.

“Itu satu rahmat, walaupun berat hati nak tinggalkan anak tapi saya tahu Allah jaga Aafiyah dan Aafwa, jaga anak saya,” katanya.

Perkongsian berkenaan kemudian mencetuskan rasa sebaik netizen apatah lagi melihat kehidupan Siti sebagai orang biasa ‘hilang’ sejak usia remajanya apabila bergelar artis.

“Lepas SPM Siti tak pernah rasa hidup seperti org biasa. Bebas ke sana ke sini dengan tenang, tanpa diserbu peminat., sebab tu mudah ters3ntuh men4ngis..

“Betul…sampai sana walau kau popular..kat sana memang kau dengan Allah je untuk beribadah..walau ditemani kawan.

“Allahuakbar Alhamdulillah, semoga Siti mendapat Mabrullah…rindunyer,” tulis beberapa netizen.

Sekadar info, Siti Nurhaliza mengambil kesempatan menghabiskan hari-hari terakhir Ramadan kali ini dengan menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah.

Perkara tersebut dikongsikan Siti menerusi beberapa hantaran di entri Instagram miliknya.

Pada kali ini, penyanyi lagu Kau Kekasihku itu berangkat mengerjakan umrah bersama pengurusnya, Rozi Abdul Razak dan kakak iparnya, Datin Zaiton Mohd Jiwa.

Di samping itu, Siti sempat meminta kemaafan kepada semua pihak jika dirinya ada melakukan kekhilafan sebelum ini.

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*