Nampak Macam Buat Operasi Hidung, Ini Respon Dari Lanaa Bila Ada Yang Tegur Hidung Dia Nampak Lain

Pelakon kelahiran Sarawak, Lana Nodin atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin merupakan antara artis Malaysia yang bernikah dengan Mat Salleh. Dikurniakan dua orang cahaya mata, pelakon berusia 40 tahun itu kelihatan begitu bahagia dengan suami tersayang iaitu Mohd Daud McKienzie. Malah pelakon filem Lagenda Budak Stan 2 Katerina itu juga tidak lokek berkongsi aktiviti harian mereka sekeluarga di media sosial buat tontonan para peminatnya. Selepas tampil dengan beberapa siri kontroversi membabitkan tindakannya yang lantang bersuara mengenai pelaksanaan vaksin Covid19, kali ini pelakon dan usahawan, Lana Nodin sekali lagi jadi perhatian warganet apabila seringkali muncul di instagram bagi mempromosikan kedai bakeri miliknya.

Menerusi entri itu, Lana memaklumkan gudang bakeri terbesar Lana s Bakery Land bakal dibuka tidak lama lagi. Menurut Lana, ianya gudang jualan bakeri borong yang dikatakan terbesar di kawasan Kota Damansara dimana menjual produk bakeri serta bakeri air tangannya. Bagaimanapun, bukan barangan kedai yang menjadi tumpuan tetapi perubahan pada hidung pelakon drama Suamiku Lelaki Pndosa itu yang didkwa semakin pelik.

Bukan itu sahaja, timbul beberapa spekulasi yang mengatakan aktres itu menjalani operasi melakukan rawatan pada bahagian tersebut. Menjengah di ruangan komen, Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin, 42, tidak hanya berdiam diri dengan d.akwaan tersebut apabila dilihat membalas komen warganet secara sinis kerana mengaitkan keadaan hidungnya itu dengan suntikan vaksin. Untuk rekod, Lana Nodin mendirikan rumah tangga bersama pemain bola tampar Amerika Syarikat, David McKienzie pada 15 Mei dan dikurniakan dengan dua orang cahaya mata iaitu, Gia Quinn McKienzie, 5 dan William Daud McKienzie, 3.

 

Sumber : TV3/IG

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*