“Moga Kita Sama-sama Istiqamah,” – Sertai Majlis Ilmu , Hubungan Akrab Erra Fazira dan Lisa Surihani Dipuji Ramai

Dengar sahaja gelaran primadona Malaysia, pasti ramai yang tahu milik siapakah gelaran itu. Siapa lagi kalau bukan  pelakon dan penyanyi Erra Fazira. Seperti yang kita semua tahu, Erra sangat terkenal dengan wajah cantiknya.

Erra mula bergiat aktif dalam industri seni sebagai seorang model dan pernah bergelar juara dalam Miss Malaysia-World 1992. Memang tidak dinafikan lagi kecantikkannya.

Beberapa tahun lalu, Erra telah membuat keputusan untuk menukar penampilannya dan memakai hijab. Penghijrahan Erra ternyata disambut baik oleh peminat dan netizen. Sehingga kini Erra mengekalkan imej bertudungnya. Alhamdulillah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Baru-baru ini, Erra telah memuat naik posting terbaru di akaun Instagram miliknya. Menerusi posting tersebut, kelihatan Erra menghadiri majlis ilmu bersama rakan-rakan artis. Erra juga telah menzahirkan rasa syukurnya kepada Tuhan apabila dia dapat menghadiri majlis ilmu.

Menerusi ruangan kapsyen, Erra berharap semoga ilmu yang dipelajari pada hari itu menjadi asbab kepada dia dan rakan-rakan artis terus istiqamah untuk mencari syurga.

Namun apa yang menarik perhatian netizen ialah keakraban Erra bersama pelakon dan pengacara Lisa Surihani. Mereka berdua kelihatan begitu rapat seperti adik-beradik. Untuk pengetahuan semua, Lisa juga telah meninggalkan komen di posting Erra.

“Nice to see you semalam kak. Moga hati kita diteguhkan supaya sentiasa cuba dan usaha untuk memperbaiki diri dan istiqomah di jalan yang diredhaiNya” 

Alhamdulillah, penulis tumpang bahagia melihat hubungan kedua-dua orang selebriti ini. Semoga mereka berdua sentiasa dirahmati Tuhan.

 

 

Sumber: CARI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*