Netizen meriah komen punca sebenar kejadian selepas pelajar perempuan ini patah pinggang jatuh jejantas

Chukai: Pelajar perempuan tingkatan dua sebuah sekolah menengah, di sini, cedera parah selepas terjatuh dari jejantas setinggi 10 meter di sekolahnya, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, jejantas terbabit digunakan pelajar berkenaan kerana ia menghubungkan dua blok akademik yang terletak di seberang jalan.

“Mangsa dikatakan mahu pergi ke blok bertentangan selepas selesai mengikuti sesi bacaan Yasin dan terjatuh ketika berada di jejantas tersebut pada 7.30 pagi.

Polis yang mendapat laporan terus ke lokasi kejadian dan menghantar mangsa ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Hanyan berkata, akibat kejadian itu, pelajar terbabit dilaporkan patah pinggang dan beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian kerana pihaknya sedang melakukan siasatan terperinci.

Seorang pelajar tingkatan dua patah bahagian pinggang akibat terjatuh dari jejantas setinggi kira-kira 10 meter di sekolahnya di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu dipercayai berlaku ketika mangsa yang berusia 14 tahun melalui jejantas berkenaan selepas selesai mengikuti sesi bacaan Yasin.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kemudahan jejantas itu merupakan laluan warga sekolah untuk ke blok akademik yang terletak di seberang jalan.

“Mangsa yang terjatuh ke jalan raya segera dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan.

“Siasatan terperinci masih dilakukan dan kita meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu,” katanya ketika dihubungi pemberita.

ADA JUGA ADA MENINJAU KOMEN

Sumber: HM & UTUSAN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*