“First Time Sy Blur Atas Stage..”- Paling Layak Terima Anugerah Khas AME, Paknil Di’prank’ Sampai Nangis

Menerusi satu perkongsian dari seorang selebriti yang terhandal dalam pengacaraan iaitu Aznil Nawawi menarik perhatian perhatian ramai apabila beliau seperti hilang arah apabila berada di atas pentas pada malam ‘Anugerah Meletop Era’. kejadian berikut adalah disebabkan beliau ‘diprank’ oleh pihak produksi kerana ingin membuat kejutan kepada beliau kerana beliau dikatakan banyak menghiburkan dan beri jasa kepada oran ramai sepanjang beliau menjadi pengacara. Beliau dikenali ramai dari meeka yang kanak kanak sehinggalah mereka yang dewasa dan para netizen memberi pelbagai pujian setelah beliau menerima anugerah tersebut.

Mengikut sumber dari mereka yang berada dalam acara tersebut, Paknil dipanggil untuk memberi keterangan di pentas namun beliau tidak diberikan apa apa arahan dan akhirnya beliau dikatakan sangat ‘blur’ dan tidak tentu arah ketika berada di pentas. Pengumuman mengenai kisah beliau dipertonton ramai ketika beliau sudah berada di pentas dan ini mengakibatkan beliau terkedu dengan kejutan yang diberi. Beliau dikatakan menerima anugerh Khas dari rancangan tersebut kerana memberi banyak jasa dan kenangan kepada industri hiburan dan para netizen memberi pelbagai pujian dan komen yang positif untuk beliau dan menganggap bahawa beliau selayaknya menerima anugerah tersebut.

Rakaman penuh boleh ditonton di:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Pelbagai komen diberikan seperti:

@CariApetu:terima kasih paknil kerana telah mencerikan zaman kanak2 saya i really love you

@Mazulyana:Taniah pak nil.. Paknil sangat layak mendapat anugerah trsebut, kerna anda adalah sumber inspirasi buat kami

@Aziah Ahmad:tahniah Pak nil..semoga diberi kn kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan

@Nadiah Kamal bahrin:tahniah paknil. award tu mmg untuk paknil. well deserved

@azlia azlan:Paknil mmg selayaknya dpt..dr kecil mmbesar dgn rncangan pknil pngcra no 1 malaysia

@Nora:congratss paknil u menceriakn life kami kat rumah asuhan dgn “tom2 bak”..dulu…love that show so much…u deserve it…

Diklip tersebut, ketika beliau menerima anugerah tersebut, beliau terus mendakap nabil Ahmad seerat eratnya dan mengalirkan air mata kerana tidak menyangkakan peristiwa tersebut berlaku keatas diri beliau yang kini sudah berumur 60 tahun. Beliau berterima kasih kepada semua yang menyokong beliau dari dulu sehingga kini dan beliau yakin beliau mampu menghiburkan para peminat beliau dalam pelbagai rancangan lagi di waktu akan datang.

 

 

 

Sumber : Tiktok dan Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*