“Aku Je Yang Kadang Laku Kadang Tak,” – Luahan Fasal Abang & Bapa, Syafiq Yusof Enggan Mengalah, Mahu Terus Bikin Filem Terbaik

Pengarah, Syafiq Yusof menyifatkan abangnya yang juga merupakan pengarah terkenal, Syamsul Yusof sememangnya memiliki sentuhan magis dalam menghasilkan filem-filem blockbuster pada usia yang muda persis bapanya Datuk Yusof Haslam.

Menurut Syafiq, ada kalanya dia berasa sedikit ketinggalan jika ingin dibandingkan dengan kejayaan yang telah dikecapi oleh abang serta bapanya itu.

Katanya lagi, kesemua filem-filem yang pernah dihasilkannya sebelum ini pernah mengalami fasa jatuh dan bangun.

“Abang aku memang dari dulu ada this golden touch sama macam papa aku masa muda.

“Aku je yang filem kadang-kadang laku kadang-kadang tak laku haha,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pengarah filem, Abang Long Fadil itu menerusi sebuah ciapan di laman Twitter.

Bagaimanapun, Syafiq memaklumkan dirinya tidak pernah berasa iri hati sebaliknya dia menjadikan kejayaan abang serta bapanya sebagai pemangkin semangat untuk menghasilkan lebih banyak filem-filem hebat selepas ini.

“Tapi tak mengapa, rezeki tu ketentuan Tuhan.

“Yang penting kita jalan terus buat sebaik mungkin. Kadang-kadang naik kadang jatuh. But never give up! Salute,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menyangkal dakwaan tersebut selain turut menyifatkan masa untuk Syafiq menyinar akan tiba juga satu hari nanti.

“Aku bangga kerja dengan Syafiq, salah seorang sutradara yang aku hormati setiap karya beliau. Semoga maju jaya Syafiq,” balas pelakon, Johan Asari.

“Kau pun ada special kau fiq danyes jalan terus. Semangat!,” komen pelakon, Beto Kusyairy.

“In shaa Allah Syafiq, nanti akan sampai juga masanya,” kata pelakon, Adam Shaz.

“Banyak lagi akan tercapai brother. Percayalah. Keep it up,” respon pelakon, Tony Eusoff.

“Filem Syafiq pun banyak jugak plot twist gila-gila. In shaa Allah mana tahu akan datag ni lagi best… teruskan,” kata pemilik akaun, Alicia Rihha.

Sekadar informasi, sepanjang bergelar pengarah, Syafiq telah menghasil pelbagai filem-filem tempatan antaranya Villa Nabila, KL Special Force, Misteri Delaila dan banyak lagi.

 

 

 

 

Sumber: MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*