Tular Pasal Kes Lufya Ada Pulak Yang Cakap Bekas Suami Dia Buat, Tak Boleh Berdiam Sekali Ini Pengakuan Dari Bekas Suami Lufya

Kuala Lumpur, “Ex husband (bekas suami) awak kan? Ya Allah, jahatnya. Please buat police report (tolong buat laporan polis).” Itu komen seorang pengguna media sosial di Instagram Lufya susulan pendedahan dibuat penyanyi dan pelakon itu yang mendakwa seorang lelaki cuba ambil anak perempuannya, Laana Haura, 5, ketika berada di taman permainan di Kota Damansara, Ahad lalu. Komen itu turut mendakwa bekas suami Lufya iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 32, sebagai dayus selepas ditanya adakah dia mengupah orang untuk melakukan perkara itu. “Not sure (tak pasti) but (tapi) memang kerja ex husband (bekas suami) dia ni. Dyus,” tulisnya.

 

Hafiz ketika dihubungi Harian Metro menafikan dia terbabit dengan insiden itu dan mendakwa tuduhan warganet itu adalah fitnah. Katanya, dia masih berfikiran waras dan tidak sanggup menggunakan kekerasan semata-mata mahu berjumpa anak. “Tuduhan warganet itu adalah fitnh. Sebagai bapa saya tak sanggup buat macam tu. Kalau nak jumpa anak, saya akan minta izin. Kalau tak dapat jumpa, saya runding baik-baik. “Kalau nak jumpa saya akan cakap baik-baik dan bukan mengmuk. Kalau dia tak bagi, saya cuba dan minta lagi. Bukan dengan kekerasan. Saya akan cuba faham jika tak dapat jumpa. Saya tetap sabar dan tak putus asa.

 

“Kalau nak jumpa kenapa perlu srng. Saya bukan jenis berdendam. Perkara lepas biarlah berlalu. Saya sudah lama ‘move on’ dan sudah ada kehidupan baru. Takkan nak upah samseng,” katanya kepada Harian Metro. Menurut Hafiz, dia mengetahui kejadian itu apabila dimaklumkan pengguna laman sosial yang menghantar mesej (DM) di Instagram. “Saya pun baru tahu daripada orang dan kawan yang ‘forward’ perkara itu. Kalau tak, memang tak tahu apa-apa. Sepatutnya dia perlu cakap pada saya awal lagi. Saya ini masih bapa kepada anak kami, walaupun bukan lagi suami kepadanya. “Selepas dapat tahu terus saya menghubunginya dan buang segala ego sebab mengenangkan keselamatan dan keadaan anak. Alhamdulillah, dia kata anak okay dan dirinya stabil. Saya doakan dia semoga dalam keadaan baik-baik saja.

 

“Saya harap dia buat laporan polis segera. Selepas ini kena lebih berhati-hati jika nak bawa anak bermain di kawasan awam. Apatah lagi sekarang banyak kes jnyh,” katanya. Tiada sebarang laporan polis dibuat pelakon dan penyanyi, Lufya Omar selepas mendakwa dirinya diserang seorang individu ketika cuba menyelamatkan puterinya, Laana Haura daripada diculik di sebuah taman permainan di sekitar Kota Damansara, dekat sini, kelmarin. Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, setakat ini tiada laporan diterima pihaknya. Bagaimanapun, kata beliau, sasaran diminta tampil membuat laporan mengenai dakwaan berkenaan untuk siasatan lanjut. “Kita menasihatkan sasaran supaya tampil membuat laporan untuk siasatan lanjut,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.

 

Melalui permehatian di ruang komen, ramai mula pelik dan tertanya-tanya mengapa Lufya masih belum buat laporan Polis kerana ia melibatkan jnyh dan keselamatan mereka sekeluarga. Terdahulu, menerusi entri Instagram, pelakon itu berkongsi keadaan wajahnya terkini yang dilihat mempunyai kesan kelukaan akibat disrng penclk tersebut. Katanya, individu itu memklnya menggunakan batang kayu sehingga menyebabkan kelukaan pada wajah dan badannya. Kejadian itu didakwa berlaku kira-kira pukul 5 petang ketika dia dan anaknya berada di taman permainan Kota Damansara. Lufya berkata, setiap wanita terutama bergelar ibu perlu mempunyai ilmu asas mempertahan diri agar dapat melindungi diri dan anak jika kejadian seperti ini berlaku. Dalam pada itu, Lufya juga menekankan orang ramai harus sentiasa berwaspada selain memohon agar mendoakan kesembuhan dirinya.

 

Sumber: era

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*