Dah Beberapa Bulan Kenal Baru Sekarang Azri Tahu Identiti Sebenar Bakal Isteri Dia, Rupanya Dr Azra Bukan Calang Calang Orang

Kuala Lumpur – Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai pelakon Azri Iskandar yang mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan dengan penulis skrip bernama Dr Azra Diera. Susulan itu bekas isteri Ellie Suriaty mencabar kekasih bekas suaminya bernama Dr Azra munculkan diri selepas meragui tentang kewujudan wanita itu. Kata Ellie, sebagai individu yang pernah bersama Azri selama bertahun-tahun, dia tidak sanggup melihat bekas suaminya itu berada dalam ketidak tentuan gara-gara ingin berkahwin lagi. Pada saya, Azra kena munculkan diri dan jelaskan situasi. Saya sudah hidup bersama Azri selama 19 tahun. Saya tak kisah kalau dia mencintai orang lain. Tetapi, saya tersksa tengok dia.

 

Saya tidak berdndam. Kami sudah berpisah. Tapi saya tak suka tengok Azri jadi begitu. Keadaannya membimbangkan anak-anak kami. Mereka tak mahu Azri jadi begitu. “Bila buat carian di Google, kami tidak menemukan apa-apa tentang Azra. Engkau siapa?,” katanya. Azri berkata bakal isterinya itu bukan sahaja memiliki kelulusan akademik doktor falsafah PHD malah turut bergelar Datuk Seri. “Nama dia Datuk Seri Dr Azra Diera. Saya pada awal tak tahu pun tapi Azra secara tak sengaja mengirim mesej perbualan daripada makciknya kepada saya. Dia pada ketika tu ingin menunjukkan mesej bahawa makciknya menasihatkan dia supaya tampil ke depan bagi membersihkan imejnya kerana terlalu banyak cerita tak enak berkaitan dirinya.

 

“Selepas diselidik, rupa-rupanya dia memiliki pangkat Datuk Seri itu kerana banyak melakukan tugas-tugas kebajikan pada masyarakat,” katanya. Menurut Azri lagi, atas nasihat kedua bakal ibu bapa mentuanya meminta agar wajah dan identiti Azra didedahkan sebaik sahaja mereka sah bergelar suami isteri. Azra seorang yang merendah diri, dengan saya sendiri pun dia tak mahu beritahu mengenai gelaran tu. Dia cakap jika pergi ke pejabatnya nanti pekerja-pekerja akan menggelarnya Datuk hanya untuk urusan perniagaan. “Tapi saya pun fikir, takkanlah dia nak tipu pekerja-pekerjanya dan bila berada di pejabatnya, saya nampak pingat itu ada diletakkan atas meja,” katanya.

 

Dalam pada itu, Azri memaklumkan dia sudah pun bertemu dengan ibu bapa Azra di Perlis pada 24 Jun lalu dan sudah pun mendapat restu daripada mereka. “Alhamdulillah, tiada masalah walaupun timbul pelbagai kontroversi. Kedua ibu dan bapa Azra dah bagi greenlight pada saya. Cuma saya belum boleh memberi tarikh rasmi kerana makcik saya yang akan meminangkan dia untuk saya sedang sakit. “Tunggu bila makcik saya kembali sihat Insya-Allah, segala urusan akan dilangsungkan, doakan urusan kami dipermudahkan,” katanya. Sebelum ini Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar berkata disebabkan dakwaan wanita ‘F’ itu, ibu kekasihnya pengsan dan dimasukkan ke hospital sejak kelmarin. Mak Azra sampai rebah sebab terkejut selepas tengok video temubual wanita itu yang dihantar oleh kawan. Kawan mak dia cakap, ‘macam ini ka yang kau nak buat menantu?’

 

Nasib baik adik Azra ada. Sampai sekarang masih ditahan di hospital. Bayangkan ini bukan perkara kecil. Bukan itu sahaja, pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim terpaksa akur selepas pihak produksi mengambil keputusan menggugurkan namanya dari persembahan Teater Tan Sri Elyas. Dakwanya, dia menanggung kerugian sebanyak RM8,000 yang boleh ditambah sebagai wang untuk urusan perkahwinan dengan Azra nanti. Terdahulu, Azri mengesahkan dia bakal berkahwin dengan Dr Azra Diera dan bakal menghantar rombongan merisik ke Perlis pada 23 Jun ini. Untuk rekod, Azri berpisah dengan Ellie Suriati pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13. Terdahulu akhbar ini melaporkan Azri mahu mengambil tindakan undang-undang dengan saman wanita F dan portal berita susulan pendedahan dibuat sekali gus menganggap tuduhan wanita itu fitnah hingga menjejaskan namanya.

 

Sumber: Era Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*