Tampil Padam Rakaman Rider Tersebut, Nazrief Nazri Dedah Sepupunya Tampil Memohon Maaf

Ekoran video pelakon Nazrief Nazri yang dis.rang sepasang pasangan bermotorsikal sambil menunjukkan isyarat lv.ch kelmarin, hari ini pelakon itu menerima satu mesej dari seorang individu memohon maaf di atas kejadian itu. Namun individu yang tampil bagi memohon maaf itu bukanlah pelaku yang sebenar, sebaliknya mendkwa dirinya ialah sepupu kepada pelaku tersebut.

“Assalamualaikum tuan, saya sepupu couple yang tuan viralkan tu, saya mohon maaf sangat-sangat di atas sikap mereka terhadap tuan. Tuan boleh ke tuan delete post tuan itu, ada apa-apa kerugian ke atas kenderaan tuan, saya boleh ganti, mohon maaf sekali lagi ya tuan,” tulis individu tersebut.

Menerima permohonan maaf itu secara terbuka, pelakon segak berusia 30 tahun itu turut bersetuju dengan permintaan indvidu berkenaan untuk memadamkan hantaran yang dimuat naiknya sebelum ini. Dalam masa yang sama, Nazrief turut berang dengan pelaku sebenar kerana beterusan memuat naik beberapa perkongsian di laman Instagram individu itu berhubung kejadian tempoh hari. Saya padam reels tu bukan sebab saya salah ye, tetapi ahli keluarga sams.3ng itu minta maaf elok-elok untuk saya padam. Jadi saya padam. Yang si pelaku dok update ig story buat cerita nak tegakkan benang yang basah, lantak kau lah. Not my level,” tulis Nazrief.

Terdahulu, satu kejadian pada Isnin sepasang pasangan menaiki motorsikal telah mengejar kenderaan aktor itu selepas tindakan Nazrief membunyikan hon sebanyak dua kali kerana mereka tidak perasan lampu isyarat sudah bertukar hijau gara-gara terlalu rancak berborak. Dalam kejadian yang sama lelaki terbabit telah menghampiri kenderaan Nazrief dan menunjukkan isyarat lucah menggunakan jari hantu sebelum mengetuk cermin kenderaan Nazrief.

 

 

 

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*