Tampil Luah Rasa Tak Puas Hati Gara Gara Stok Ayam, Sekali Wanita Dedah Berapa Banyak Yang Pemuda Ni Ambil

Tak dinafikan, ramai luah gervn melihat peningkatan harga barangan yang naik mendadak. Bukan itu sahaja, segelintir rakyat juga kelihatannya sudah mulai terkesan dengan krisis bekalan makanan yang berlaku, terutamanya dalam kalangan peniaga apabila mengalami kesukaran untuk mendapatkan stok barang mentah.

 

Wanita luah kesal sikap pelanggan ‘over’

 

Mengambil pendekatan itu, mungkin dapat dilihat menerusi perkongsian yang dimuat naik semula oleh portal majoriti. Seorang wanita luah luah kesal dengan sikap segelintir pelanggan di luar sana yang mementingkan diri. Demikian adalah kerana tidak berpada pada dalam mendapatkan stok mereka, baik untuk keperluan sendiri mahu pun untuk berniaga.

 

Borong lebih 40 ekor ayam

 

Menurut wa.nita itu, dia melihat seorang pelanggan pasa.raya mengambil lebih dari pada 40 ekor ayam tanpa memikirkan keperluan pelanggan lain. “Awal pagi tadi saya pergi pa.saraya, tapi seekor ayam pun tak dapat. Tengok dalam troli dia, ada lebih dari pada 40 ekor ayam…mungkin dia ada kedai dia beli banyak lepastu jual balik dengan harga tinggi.”

 

Pukul 8 dah habis?

 

Lebih membuatkan dia emosi apabila stok ayam telah habis, walhal ketika itu baru jam 8 pagi. Oleh yang demikian, dia sebagai pelanggan berharap agar setiap pasaraya mengambil iktibar daripada kejadian itu dengan sentiasa mengawal stok barangan, lebih lebih lagi ketika negara sedang berdepan krisis yang tiada siapa tahu akan penghujungnya. “Pukul 8 pagi ayam dah habis, macam mana pelanggan lain.”

 

Sumber: Era Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*