Neelofa dah lama tahu kehadiran ‘peny0ndol’, tak sanggup hadam apa dilalui Puteri Sarah

RUPA-RUPANYA selebriti terkenal Neelofa sudah lama mengetahui kewujudan ‘peny0dol’ dalam rumah tangga pelakon Puteri Sarah liyana dan pengarah Syamsul Yusof.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, berkata, ketika mengetahui perkara itu, dirinya hilang kata-kata disebabkan perbuatan pihak ketiga terhadap Puteri Sarah dan menganggap apa yang berlaku adalah melampau.

Malah pengacara dan pelakon berusia 33 tahun ini berkata, dia sendiri tidak sanggup untuk berhadapan dengan masalah sedemikian namun memuji ketabahan dan kekuatan Puteri Sarah mengharungi perkara itu.

“Kita borak banyak tentang hal ini. Sampai satu masa, saya dah tak tahu nak kongsi nasihat apa, sebab terlalu tervk pihak ketiga punya bvli terhadap awak (Puteri Sarah).

“Masa itu orang ramai tak tahu lagi, saya sendiri tak sanggup nak hadam, apatah lagi awak yang kena lalui. Memang awak seorang yang terlalu sabar dan kuat,” katanya.

Isteri kepada pend4kwan Haris Ismail atau PU Riz itu berkata demikian menerusi ruang komen perkongsian terbaharu Puteri Sarah di Instagram miliknya.

Terdahulu, Sarah melalui peguamnya memfailkan sam4n terhadap Ira di mahk4mah sivil pada 26 Jun lalu dan wanita tersebut sudah menerima surat arahan supaya menghentikan sebarang bentuk gangguan terhadapnya pada 28 Jun.

Memang awak seorang yang terlalu sabar dan kuat.

NEELOFA

SELEBRITI

Kes itu akan dibicarakan di mahk4mah pada 4 Julai ini.

Dalam permohonan yang dibuat, Puteri Sarah mahu Ira tampil memohon maaf dan berhenti daripada melakukan sebarang gangguan terhadapnya.

Pada Khamis lalu, Puteri Sarah turut hadir ke Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi membuat aduan berkaitan rumah tangganya.

Selain did4kwa mempunyai hubungan sul1t dengan Syamsul, Ira juga dikatakan menggangu kehidupan Puteri Sarah dengan menghantar pelbagai ugvtan melalui pesanan di media sosial.

Dalam pada itu, Neelofa turut menyifatkan Puteri Sarah sebagai seorang wanita yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi kerana masih menjaga aib suaminya.

Puteri Sarah ambil tindakan undang-undang terhadap Ira Kazar.

“Satu perkara yang saya amat-amat terkesan, desp1te apa jadi awak sangatlah nak jaga rumah tangga awak, awak jaga aib suami dan banyak mengalah.

“Moga Allah gantikan segala kesakitan, kepedihan, setiap air mata awak yang mengalir kepada kebahagiaan yang berterusan,” ujarnya.

Membalas komen tersebut, Puteri Sarah mengucapkan terima kasih kepada Neelofa yang menjadi tempat luahannya selain berkongsi doa-doa yang baik untuknya.

“Terima kasih love. Selama ini saya menangis dekat awak. Akhirnya… terima kasih ajarkan saya segala doa-doa,” balas Puteri Sarah.

Sementara itu, Puteri Sarah enggan mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan Syamsul namun memberitahu pengarah terkenal itu ada melawat anak-anak ketika mereka dimasukkan ke hospital, baru-baru ini.

Syamsul dan Sarah mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 2.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*