Bekas Isteri Kacau Sarang, Sekali Fizi Ali Tampil Buka Mulut Dan Dedahkan Sesuatu Dan Ini Yang Buat Ramai Tertanya

Enggan mendedahkan punca perpisahan, penyampai radio, Fizi Ali, 33, masih menjaga aib bekas isterinya, pelakon Shakilla Khoriri. Memetik laporan BH Online, Fizi mempunyai sebab tersendiri apabila bertindak ‘naik hantu’ terhadap bekas isterinya.

 

“Tahap kesabaran saya benar-benar teruji. Saya juga manusia biasa. Ramai orang menganggap saya meroyan seorang diri. Ada juga terkejut kenapa saya tiba-tiba naik angin. Jujurnya, saya bukan nak meroyan tanpa sebab. Selama ini, adakah saya marah-marah? Saya takkan kacau hidup orang kalau hidup tidak diganggu. Apa yang berlaku seolah-olah nak menjolok sarang tebuan. Masalahnya, bekas isteri kacau ‘sarang’ saya. Memang pelik dan tertanya-tanya kenapa buat saya sampai tahap ini. Lagi tak masuk akal, suruh wartawan tanya kenapa saya suka meroyan,” katanya.

 

Mengulas komen dakwaan Shakilla memadam komen di Instagram, Fizi mengakui aktres terbabit melakukan perbuatan tersebut. “Dari dahulu, saya bukan jenis mengamuk tidak tentu fasal. Tetapi, tak fikir kenapa saya nak naik hantu? Shakilla tahu apa yang dilakukannya. Kenapa nak komen, kemudiannya padam? Mungkin nak nampak saya jahat dan dipersalahkan 100 peratus. Kami berhubung hanya sebab tanya giliran menjaga anak. Berbual soal lain memang tiada. Perkara ini bukan masalah pun. Kami tiada jadual nak ambil giliran anak secara khusus. Ada masa saya bersama Ameena dan sebaliknya. Apapun, kami tetap ibu bapa Ameena,” katanya yang menolak dakwaan merancang merujuk semula dengan bekas isteri.

 

Ingatkan sudah insaf, tahniahlah buat si perampas – Fizi Ali

 

Tiada angin tiada ribut, penyampai radio Suria FM, Fizi Ali, tiba-tiba memuat naik status sindiran berhubung percintaan dengan suami orang. Hantaran yang dikongsikan menerusi akaun Insta Story milik Fizi Ali secara tidak langsung mengundang tanda tanya daripada pengikutnya. Bagaimanapun, Fizi tidak menyatakan secara terus siapakah individu yang dimaksudkan atau kepada siapakah status itu ditujukan.

“Memang sekarang trend bercinta dengan suami orang eh? Takutnya. Ingatkan sudah insaf. Sambung balik, tahniahlah si perampas, sesuailah dua-dua perampas,” coretnya ringkas. Terdahulu, Fizi pernah melepaskan rasa kesal dan amarahnya terhadap bekas isterinya yang juga merupakan seorang pelakon, Shakilla Khoriri.

 

Sebagai informasi, Fizi dan Shakilla berkahwin pada 18 Februari 2018 dan bercerai tiga tahun selepas itu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Nurul Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun. Fizi menikahi Shakilla pada 18 Februari 2018 dan akhirnya bercerai tiga tahun kemudian. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata, Nurul Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun.

 

Sumber: Era Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*