[VIDEO] “Rare sangat ni” – Akad nikah dalam ambulans sebab pengantin lelaki kemal4ngan

Hari pernikahan merupakan hari yang paling dinanti-nantikan buat semua pasangan mempelai. Namun lain pula yang terjadi kepada pasangan ini apabila bakal pengantin lelaki diuji kemal4ngan sehari sebelum majlis perkahwinan.

Tular baru-baru ini sebuah video yang memaparkan sepasang pasangan pengantin dinikahkan di dalam sebuah ambulans. Dalam video tersebut dilihat pengantin lelaki sedang terbaring di dalam ambulans sambil membaca sekeping teks. Turut kelihatan tok kadi di sebelah pengantin lelaki semasa majlis ijab dan qabul itu.

Pengantin lelaki tersebut yang dilihat memakai pakaian hospital membuatkan ramai wargamaya kagum walaupun dalam kes4kitan. Difahamkan pengantin lelaki tersebut terlibat dalam kemal4ngan sehari sebelum dinikahkan. Jadi, mereka terpaksa bernikah di dalam ambulans kerana segala persiapan sudah dibuat.

Pengantin lelaki itu juga dikatakan mengalami pat4h tulang peha. Video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu kini meraih lebih 150 ribu tontonan dan 6 ribu tanda suka.

Video:

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap video pernikahan di dalam ambulans itu. Ada juga yang berasa kagum terhadap pasangan itu biarpun diuji ketika ingin menghalalkan perhubungan mereka.

Komen Netizen:

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : oh bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*