Dai Syed Dedah Rakaman Dengan Anna Jobling, Tak Berdiam Diri Meerqeen Tampil Cabar Dai Syed Dan Ini Yang Dia Cakap

Nama pelakon Meerqeen dan Anna Jobling masih baru di dalam industri, namun telah menjadi tumpuan ramai selepas digandingkan menerusi sebuah drama televisyen. Pasangan itu juga kelihatan sangat mesra sehingga dilihat seakan sedang bercinta dan sering melakukan konten TikTok bersama. Namun lain pula apabila satu video di TikTok terlihatkan Anna tidak bersama Meerqeen, sebaliknnya melakukan konten bersama seorang penceramah bebas iaitu Dai Syed di akaun miliknya.

 

“Hi Anna Jobling,” tulis Syed ringkas pada kapsyen. Tidak habis setakat itu, Merqeen muncul di ruangan balas seakan mempertahankan miliknya dan meminta Syed untuk berhadapan dengan dia terlebih dahulu. “Langkah myt saya dulu,” tulis Meerqeen atau nama aslinya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam pada komen.

 

Sementara itu, ramai wargamanya yang sempat mengusik pelakon tampan itu. “Habislah awak Meerqeen. “Tak pasal-pasal lepasni Anna kena pujuk Meerqeen. “Sebagai penyokong Meerqeen, saya ingin kata bawa bersabar ini ujian haha. “Dimana ada Anna disitu ada Meerqeen,” antara usikan wargamaya. Sekadar info, Meerqeen dan Anna Jobling merupakan peserta kelahiran rancangan mencari bakat remaja terbitan Astro iaitu Hero Remaja 2019 dan Dewi Remaja 2018.

 

Sumber: Era Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*