Fad Bocey Masuk Hospital, Kali Ni Isteri Dedah Keadaan Terkini Buat Ramai Yang Tampil Beri Semangat

Pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey kini difahamkan sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Shah Alam, Selangor selepas disyaksi dis.rang sl.pdisc. Perkhabaran tersebut dimaklumkan sendiri oleh isterinya, Nur Syahirah A Rahman menerusi laman Instagram milik Fad. Menerusi foto yang dikongsikan, Fad dilihat sedang terbaring di katil h.ospital. Sekadar info, Muhammad Fadzlie bin Mohd Nizam atau lebih dikenali sebagai Fad Bocey merupakan pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai radio Malaysia. Beliau juga ialah bekas peserta rancangan TV realiti Bintang Mencari Bintang musim pertama terbitan TV3. Menurut Syahirah, Fad kini terpaksa berehat buat sementara waktu daripada terlibat dalam apa juga pekerjaan dan program luar.

 

“Fad kini terpaksa berehat buat sementara waktu. Kalau ada apa-apa urusan boleh hubungi isteri dia ya,” tulisnya. Pada masa sama, Syahirah memaklumkan dia dan Fad kini sedang menantikan keputusan M.gnetic Res.nance I.maging bagi mengenal pasti mengenai sakit tersebut. Doktor syak ada slipdisc dan tengah tunggu nak buat MRI. Lepas ni kalau nak ajak dia main bola lagi kena fikir banyak kali dan dapatkan ap.proval,” kongsinya lagi. Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan semoga segalanya baik-baik sahaja buat Fad.

 

Reaksi Orang Ramai

 

“Allahu, semoga kembali pulih segera Fad,” komen pelakon, Beto Kusyairy. “Allahuakbar, semoga dipermudahkan Fad,” kata pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu. “Allahu, get wellsoon abangku,” komen pelawak Daniel Zaini. “Moga cepat s.embuh. Banyakkan rehat bro,” balas penyampai radio, AG Azmeer. “Lu kuatder. Apa barang sl.pdisc. Steady,” kata pelakon, Sheila Rusli. Syeera dan Fad telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Adrazin Hayyan, Adrazin Zayyan dan Nur Aminah Mishall. Sumber, Online Malaya

 

Fad Bocey buka klinik sendiri

 

Melakar satu lagi kejayaan selain memfokus dalam memberi khidmat untuk masyarakat, pelakon, pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey, membuka sebuah klinik kesihatan sendiri tidak lama lagi. Bakal merealisasikan hasrat itu bersama isterinya, Syaheera Rahman, Fad atau nama sebenarnya, Muhammad Fadzlie Mohd Nizam, 31, memaklumkan klinik itu akan dibuka di Publika di ibu kota.

 

“Alhamdulillah isteri dan saya akan mempunyai klinik kami sendiri dimana ia akan diterajui oleh isteri dan saya sebagai penyokong Megaklinik Zahran. Sekarang klinik itu masih lagi dalam proses renovasi. Insyallah dalam bulan 5 atau 6 akan dibuka dan beroperasi. Saya merupakan selebriti kedua yang buka klinik ini selepas Fitri Haris,”katanya. Selain itu, Fad menyifatkan perancangan itu sebagai rezeki buat anak-anak selain merupakan cetusan idea daripada isterinya sendiri.

 

“Keinginan serta sikap isteri yang gemar berkongsi pandangan dengan orang ramai membuatkan idea ini terhasil. Baik dari segi pelbagai isu sehingga tips untuk mendapatkan anak kembar, segalanya akan dikongsikan oleh isteri yang tercinta. Kami mula kenal masa ujian RTK Cvd dan mereka sangat membantu. Masa itu kami kongsikan kepada orang ramai yang mereka ini boleh datang ke rumah untuk buat ujian calitan dan mereka adalah yang pertama buat secara pandu lalu. Isteri saya dan pemilik Megaklink Zahran pula sering berkongsi pendapat dan turut berkongsi tips. Kebetulan pula, dia memang nak ada klinik sendiri dan suka berjumpa dengan orang ramai untuk bertukar pendapat,”katanya.

 

Bergelar sebagai bapa kepada empat orang cahaya mata yang masih kecil, Fad menegaskan dia dan isteri sentiasa mengutamakan mereka dalam setiap aspek. Memandangkan dia sering terlibat dengan komitmen kerja di pelbagai kawasan, Fad terlebih dahulu mengambil langkah pencegahan sebelum bertemu dengan anak-anak.

 

“Isteri bukan paranoid tetapi dia sangat menekankan soal keselamatan dan kesihatan. Macam saya selalu kerja diluar, dia akan melarang saya untuk terus masuk ke rumah dan kena mandi dahulu. Malah kalau ada kawan-kawan dia yang datang pun, dia akan meminta maaf dan menegur mereka untuk tidak memegang anak-anak kami yang masih kecil memandangkan mereka dari kawasan luar. Kalau balik, saya tidak akan jumpa anak-anak terus. Saya akan hubungi isteri cakap saya dah sampai dan dia akan segera bawa anak-anak pergi ke bilik lain dahulu. Jadi saya akan masuk, mandi dan baru bertemu mereka,”katanya.

 

Sumber: Era kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*