Kompaun Mungkin Akan Berkuat Kuasa Semula Gara Gara Satu Sebab Ni, KJ Tampil Beri Respon Dan Nasihat Buat Orang Ramai

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius terhadap peningkatan kes harian Cvdl9 sejak beberapa hari ini.

 

Kompaun mungkin bakal dikuatkuasakan semula

 

Menterinya, Khairy Jamaludin berkata jika ia berterusan begini, berkemungkinan KKM akan menguatkuasakan semula prosedur operasi standard (S0P) memandangkan ramai yang dilihat tidak mematuhi nya. “Kita tengok dalam banyak keadaan, di mana walau di kawasan tertutup seperti dalam bangunan, sudah ramai yang mula tak pakai pelitup muka. Saya ingin mengingatkan rakyat Malaysia bahawa pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup masih wajib, cuma sejak 17 April kita sudah tidak keluarkan notis kompaun.“-Khairy Jamaludin.

 

Harap tak sampai ke tahap itu

 

Namun begitu, pihaknya menegaskan selain berharap agar keadaan tidak sampai ke tahap itu, malah negara sudah pun beralih ke fasa endemik. “Lagi pun kalau keluar notis kompaun, ramai rakan menteri saya kena.” seloroh Khairy.

 

Gelombang baharu Cvdl9 mungkin lebih awal

 

Gelombang baharu Cvdl9 di negara ini berkemungkinan berlaku lebih awal berbanding tempoh antara dua atau tiga bulan seperti diumumkan sebelum ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Menurutnya, ia bukan bertujuan menimbulkan perasaan panik dalam kalangan masyarakat sebaliknya, mengambil kira kepada langkah pencegahan yang perlu diambil meliputi setiap aspek oleh semua pihak. “Perkara ini (gel0mbang kedua) berdasarkan peningkatan kepada lebih 2,000 kes dilaporkan dalam negara sejak kebelakangan ini dengan dua kluster baharu yang membimbangkan iaitu kluster pendidikan dan pengajian tinggi.

 

Sumber: Era Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*