Minta Doa Dari Orang Ramai, Sekali Ini Rupanya Keadaan Terkini Ben Amir Lepas Buat Operasi

“Saya cuma nak minta maaf dengan semua orang dan a.mpunkan jika saya pernah mel.ukai sesiapa”. Demikian coretan ringkas pelakon Ben Amir dalam Instagram miliknya sebelum ini yang sekali gus menimbulkan persoalan dalam kalangan warganet. Tanpa perkongsian lanjut dan perincian m.asalah kesi.hatannya, pelakon SweetDreams itu bagaimanapun memaklumkan setelah tiga minggu, kondisi kesihatannya kini beransur pulih.

 

Dia juga bakal menjalani satu operasi

Sudah tiga minggu beransur sembuh. Esok adalah harinya saya akan menjalani operasi. Saya akui agak gementar bila memikirkan operasi ini. Saya cuma nak minta maaf dengan semua orang dan ampunkan jika saya pernah mel.vkai sesiapa. Doakan yang terbaik untuk saya. Saya bercadang nak tidur banyak dan biarkan t.ubuh ini berehat untuk lekas sembuh. Maaf kalau tak balas pesanan anda, sampai jumpa lagi, tulisnya pada ruangan kapsyen sambil memaparkan sekeping foto dirinya sedang duduk di atas katil dari padangan sisi. Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut terutama peminat membanjiri platform tersebut dengan doa dan kata-kata semangat yang dititipkan buat pemilik nama lengkap Muhammad Ben Amir Sabaruddin itu.

 

Tiada apa yang perlu dirisaukan Ben. Moga semua berjalan lancar. Kami doakan semoga pemb.edahan awak dipermudahkan. Semoga Allah permudahkan segalanya. Rehat secukupnya okay, tulis warganet. Dalam pada itu, hantaran terbaru yang dimuat naik dalam InstaStory menunjukkan bahagian mata kiri Ben ditutup dan dilekatkan dengan alat pelindung buat sementara waktu selepas operasi dilakukan. Kemaskini tersebut secara tidak langsung meredakan sedikit persoalan dan tanda tanya yang bermain dalam fikiran peminat. “Kemaskini. Dia dalam keadaan stabil. Dia tidur sepanjang hari. Terima kasih untuk segala perhatian dan doa anda,” tulisnya

 

Merah Dan Ditutup

 

Bulan lalu, pelakon Ben Amir memaklumkan dirinya sedang menjalani operasi. Namun selepas membuat perkongsian tersebut, Ben juga membuat hantaran terbaru menunjukkan bahagian mata kiri Ben ditutup dan dilekatkan dengan alat pelindung buat sementara waktu selepas operasi dilakukan. Terkini, pelakon SweetDreams itu telah memuat naik sebuah foto yang memaparkan dirinya berswafoto. Namun apa yang mengejutkan, sebelah mata Ben kelihatan sangat merah.

 

Cuba untuk pulihkan kehidupan saya seperti biasa. 36 hari dan masih menghitung. Masih tidak dapat melihat dengan jelas, semoga saya boleh mendapatkan penglihatan saya segera. Ben yang kelihatan memakai kemeja T putih beserta topi itu juga berharap agar penglihatannya kembali pulih seperti sedia kala biarpun mengambil tempoh yang lama. Kemaskini tersebut secara tidak langsung menimbulkan keresahan peminatnya dan rakan-rakan selebriti lain. Ada juga yang mempersoalkan apakah yang terjadi kepada matanya setelah menjalani pemb.edahan pada bulan lalu. Namun tiada sebarang kenyataan terbaru yang dikeluarkan pelakon ini.

 

Sumber: Era Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*