Tular Pasangan Kekasih Yang Ditahan Kini Tampil Mohon Bantuan Kewangan Dari Orang Ramai, Sekali Ini Jumlah Yang Perlu Untuk Dibebaskan

Pasangan kekasih yang ditahan susulan kontroversi persembahan komedi di Kuala Lumpur bulan lalu memohon dana awam (crowdfunding ) bagi membayar wang ikan jamin sebanyak RM40,000. Peguam R Sivaraj berkata Siti Nuramira Abdullah, 26, dan Alexander Navin Vijayachandran, 38, terpaksa menggunakan kaedah itu susulan kekangan kewangan bagi membayar jumlah yang agak tinggi. Sivaraj berkata setakat ini mereka hanya berjaya mengumpulkan RM3,000 yang dikumpulan hasil sumbangan peguam, NGO dan orang awam.

“Mereka ada simpanan dalam bank, tetapi mereka di penjara, jadi mereka tidak dapat akses kepada akaun masing-masing. Jiran mereka (yang menjadi penjamin) juga berkata tidak dapat buat apa-apa, mereka mahu keluarkan menggunakan kad kredit tapi mereka tidak tahu nombor pin,” katanya. Setakat ini, kata peguam, mereka masih mencari platform yang sesuai bagi memudahkan memulangkan semula sumbangan penderma, selepas kes selesai.

 

Komen Warganet:

“Sepatutnya klu berani buat aksi camtu, kira berani la tanggung semua sekali termasuklah bayo ikat jamin….ni apoooooo mintak duit plk kat org….mendelah. Aku nk tgk vip mna yg terang2 nk bg sumbangan tu. Orang Islam dilarang menyokong, membantu orang yang macam ni..dah terang dan terbukti dia menghina agama”.

 

Sumber: Era Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*