Akibat Perbuatan Khianat, DSV Dedah Kedai Dishr Sehinggakan Terpaksa Tebang Pokok Pisang Pukul 3 Pagi

Vida enggan mendedahkan identiti individu yang dikatakan melakukan sihir kepadanya kerana ingin menjaga aib. Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida berasa pelik apabila ada pelanggan mengadu tidak menemui kedai Boba Love Cik B milik anaknya meskipun ia terletak berhampiran kawasan jalan raya. Vida atau Hasmiza Othman berkata, tidak hanya itu, ada pelanggan juga memberitahu berasa kecewa apabila sampai ke lokasi kedai itu di Taman Keledang Jaya, Ipoh, tutup meskipun ia dibuka setiap hari.

 

Pada awalnya kata Vida, biarpun pelik namun dia enggan mempercayai bahawa kedai tersebut telah disihir seseorang namun pertemuan dengan seorang pengamal perubatan Islam telah menceritakan sebaliknya. “Saya nak cakap, saya rasa tidak tercakap nak percaya atau tidak mahu percaya. Tetapi saya nak beritahu, shr orang nampak kedai tutup, tidak nampak kedai apabila saya pergi berubat, orang itu kata ada benda tergantung dekat pokok,” katanya.

Tangkap layar sedutan video Vida meluahkan rasa kesal apabila kedai Boba Love Cik B menjadi mgsaaa perbuatan kh.1anat.

Vida membuat perkongsian mengenai kisah kedai anaknya itu dishr menerusi YouTube. Dalam perkongsian itu, Vida turut menunjukkan beberapa batang pokok pisang berdekatan dengan kedai tersebut sebelum berjaya menjejak ‘barang’ tergantung seperti diperkatakan ustaz berkenaan. Bercerita lanjut mengenai kejadian itu, Vida berkata, dia bergegas ke lokasi kedainya pada pukul 3 pagi untuk menebang pokok pisang berkenaan.

Kawasan pokok pisang yang dikatakan menjadi tempat individu tersebut meletakkan shrnya.

“Inilah orang Melayu dngki, nak tengok saya jatuh. Orang yang sebelum ini ramai tiba-tiba menjadi kosong. Bukan orang tidak mahu datang, tetapi mereka kecewa kerana cari kedai tak jumpa,” jelasnya. Biarpun hatinya terluka akibat perbuatan shr, Vida bagaimanapun berkata dia tidak mahu memanjangkan perkara tersebut meskipun mengetahui dalang di sebalik kh.1anat terhadapnya.

 

Sumber: Era kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*