Tular Gelagat Johan Di Stadium Tarik Perhatian Ramai, Tapi Ada Sesuatu Pula Yang Berlaku Di Stadium

Sebut sahaja nama Johan pastinya ramai yang dapat bayangkan suara dan lawaknya. Seorang pelawak yang cukup dihormati ramai kerana keperibadiannya, kehadiran Johan di mana juga pastinya menarik perhatian. Bagaimanapun, baru-baru ini perkongsian video memaparkan kehadiran Johan di stadium bola sepak telah mengundang pelbagai reaksi warganet. Menerusi rakaman pertama dipaparkan Johan berada di tempat duduk penonton dan nampak sangat bersemangat.

Manakala satu lagi perkongsian rakaman dipaparkan Johan membuat ‘ombak’ bersama penonton lain. Berikut adalah perkongsian rakaman gelagat Johan di stadium bola sepak yang dimuatnaik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun siichiuuu ini: Difahamkan semalam telah berlangsungnya acara perlawanan JDT bertemu pasukan bola Sabah. Kedua-dua rakaman ini meraih lebih 200 ribu tontonan dan ratusan likes. Apa-apa pun gelagat kelakar dan sempoi Johan ini telah menerima pujian ramai. Di ruangan komen, rata-rata warganet tinggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian rakaman ini seperti berikut: “Sejak Johan dah tak jadi DJ radio..Free memanjang”. “Johan uiii mak jemah..Datang jugak dia”

Liga Super: Penyokong Sabah koyak?

Perlawanan Liga Super antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Sabah FC di Stadium Likas, malam tadi dicemari dengan kejadian balingan botol dan cemuhan. Kejadian berlaku selepas pasukan JDT berjaya meledakkan gol kemenangan pada minit akhir perlawanan tersebut. Menerusi video yang tular di media sosial, seorang lelaki dipercayai penyokong pasukan Sabah FC bertindak menarik turun bendera Johor dengan kasar sehingga menimbulkan rasa kurang senang penyokong skuad JDT.

 

Video yang dikongsi @cacingturki1 berdurasi 20 saat itu jelas memaparkan ketegangan antara penyokong kedua-dua pasukan namun tiada pergaduhan berlaku. Kejayaan JDT meledak gol menerusi sepakan percuma penyerang JDT, Fernando Martin Forestieri turut dicemari kejadian balingan botol oleh penyokong Sabah FC yang tidak berpuas hati dengan tindakan pengadil memberikan sepakan percuma.

 

“Saya ini pun orang Sabah, apa benda mahu baling-baling botol, kalah menang, kita santai-santai sahaja,” kata user1234. Sementara itu, @Kcung Real berkata, tindakan mencabut bendera itu tidak akan membuat Sabah menang dan hanya memalukan sahaja. “Tengok bola, sokong betul-betul, kalah menang itu adat bertanding, dah kalah jangan koyak,” @imawariey.

 

Sumber: Era Kini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*