Ditegur Jangan Nak Meraih Simpati, Rupanya Ada Sesuatu Yang Izreen Azminda Dedah Sampai Ada Sesetengah Yang Tampil Sindirnya

Baru-baru ini, pelakon Izreen Azminda ada membuat pengakuan bahawa dia sekarang lebih fokus kepada dunia keusahawanan daripada dunia seni lakon.

Enggan Terlalu Fokus Bidang Lakonan

Izreen sekarang enggan lagi terlalu memfokus kepada dunia seni lakon meski mengaku masih ada tawaran yang datang padanya. Fokus utamanya sekarang adalah pada dunia keusahawanan. Baginya, walaupun sudah tidak berlakon sangat sekarang, tetapi dia masih gembira kerana mempunyai perniagaan sendiri.

“Berlakon Bukan Sampai Bila Bila Di Atas”

Menurut Izreen juga, baginya dengan berniaga dia lebih mendapat pulangan kewangan yang lebih berbanding daripada dunia lakonan. Tambahnya, jikalau terlibat dalam dunia lakonan, bukan selamanya akan berada diatas dan setiap pelakon akan ada fasa naik dan fasa jatuh.

Mendapat Respon Warganet

Perkongsian tersebut telah dikongsikan di Facebook milik Utusan Malaysia. Melihat diruangan komen, ramai warganet yang memberikan respon terhadap perkongsian tersebut. “Sudahlah kau. jgn kau nk meraih simpati. dasar penyondol”. “Dah tahu tak laku laki org kebas tak pyah lah berlakon”. “Dahlah perampas. Jaga je laki tu”. Namun dalam banyak-banyak komen negatif ada segelintir warganet yang mengucapkan tahniah di atas kejayaan Izreen dalam menceburi bidang keusahawanan.

 

 

 

 

Sumber : murai

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*